Friday, December 25, 2009

Azam tahun baru.. bagaimana kita set minda kita?


Salam sahabatku...

Azam tahun baru hijrah dan masihi yang akan datang.. macam mana kita set minda kita untuk menjadi lebih baik ataupun sebaliknya pada tahun yang akan datang ni.. dan bagaimana minda yang kita set itu boleh mempengaruhi kita dalam urusan perniagaan, kehidupan kita.. try check it out dalam artikel ini : Minda Kaya Vs Minda Miskin and give some comment dalamnya.. Moga kita akan lebih produktif dalam masa akan datang.. InsyaAllah..

banyak lagi yang nak saya share dengan sahabat sekelian di http://mohdhafizi.com


Video Santai.. sambil menghayatinya..

Thursday, December 24, 2009

cabaran

Hai semua,

Tak tau nak mula kat mana. Cabaran dtg tanpa diduga (atau aku tak fikir cukup jauh).
Aku baru ni dah habis banyak duit utk kedai baru. Tapi cuma dulukan duit sendiri sebelum dpt loan PUNB dan loan bank. Tapi walaupun dua2 loan dah lulus depa tak dpt disburse lagi pasal masalah teknikal, documents. Aku baget minggu lepas dpt, mungkin 2 minggu lagi baru disburse. Supplier pon x mau bagi produk lagi selagi tak settle htg. So 2 minggu akan datang ni akan mencabar kreativiti keusahawanan aku. I wish I had RM3k untuk guna 2 minggu ni (jalan mudah). so inilah sharing aku buat masa ni.

Tapi berita baik, sabtu ni 30 ribu flyer kedai akan diedar kawasan sekitar. dari past history kedai satu lagi dulu edar 6ribu flyer, sale masa opening RM1500. So mungkin sale lebih skit kat kedai baru kali ni dgn 30 ribu flyer. masalahnya kalau permintaan tinggi stok mungkin x leh tahan untuk 2 minggu kalau supplier x nak bagi brg ( hmmm tapi mungkin ada jln blakang, bleh difikirkan).
Contoh flyer sabtu ni.


3 minggu lepas... kami try masuk iklan kat Utusan, hmmm respondant cuma sorang. belanja RM1700, x berbaloi. Mungkin sebab design x cukup ummph so reader x notice. so next time maybe try newspaper write up plak, blom coba blom tau. contoh iklan kat utusan:


K it feel good sharing again. SUCCESS TO ALL!

Friday, November 20, 2009

SALAM USAHAWAN

Firstly... HIDUP USAHAWAN..

Assalamualaikum wrbt. kepada semua teman2 dan coach,

Saya rasa perlu ada satu tindakan untuk mengembalikan kehangatan dan semangat TEAM antara kita semua...(selain dari menyahut cabaran coach)...Tapi ini hanyalah cadangan dan perlu persetujuan semua dan juga coach....cadangannya:
  • pilih satu tarikh di mana kita semua dapat bertemu dan berkumpul untuk satu hari shj (pagi till petang/mlm)
  • tempatnya di Entrepreneur Village (kita sewa seminar room coach dgn special rate)
  • buat sedikit collection (untuk sewa bilik seminar & makan minum)
  • aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti berikut (sharing prob n perkembangan semasa, flash back hari kita di PD (maybe dgn tgk video yang diambil oleh coach), buat deklarasi bersama, dan sebagainya...
  • maybe aktiviti ni kita boleh diskus kemudian..

Sekali lagi, ini hanyalah cadangan untuk kita membantu satu sama lain. Jika ada cadangan yang lain boleh kita kongsikan bersama...

(sorry, tulisan saya tak sehebat tulisan En. Fizzy kita ...hehe ...)

Wassalam...

Tuesday, November 17, 2009

Salam Usahawan!!

Salam Team...

Apa habaq semua. Saya sentiasa mengikuti perkembangan team...

Tahniah bagi yang berjaya ke tahap seterusnya....
Tahniah juga bagi yang sedang melalui dugaan keusahawanan...

Setiap sesuatu yang terjadi adalah satu peluang baru untuk meningkatkan ilmu keusahawanan...

Kita sering belajar perkara yang baru tentang diri, perniagaan, kehidupan terutama dalam keadaan yang menguji..yakni dalam keadaan tertekan..

KEUSAHAWANAN TERUJI DIBAWAH TEKANAN!!! (Pelik tetapi terbukti)

Saya berharap Team akan terus support satu sama lain...(Sokong dari segi komunikasi, sharing dan sinergi)

Saya sentiasa bersedia untuk menghulurkan pandangan, sokongan dan tips sekiranya diperlukan..

Cabaran saya pada team (dengan izin)...

1) Terus menjadi "GIVER" walau sibuk dengan kehidupan & perniagaan masing2
2) Mengimbangi kehidupan dan perniagaan (BALANCE)
3) Sentiasa pastikan "SELF ALIGNMENT" (Fikir+Niat+Ucapan+Perbuatan) sentiasa seiring.
4) Sentiasa "SHARING" jangan pendam sorang2
5) Ambil tahu tentang Team dan terutamanya Buddy Pair masing2
6) Jangan jadikan Team ini sebagai rakan kursus biasa!!! Untuk apa kita lalui perjalanan ini utk 6 bulan bersama dan berkongsi airmata????
7) "If It's to be...it's up to me"
8) Jangan hanya mula berkomunikasi bila segalanya mengikut perancangan...sebaliknya lagi tengah serabut..lagi tengah teruji..lagi bawah tekanan... lagilah kita harus "Sharing". Team/Blog ini bukan hanya bertujuan untuk berkongsi kegembiraan dan kejayaan tetapi juga untuk berkongsi kesedihan...permasalahan...tekanan dan apa sahaja.
9) Hidupkan kembali sokongan antara satu sama lain!!!
10) Guna pakai segala tools/tips coaching yang telah saya kongsikan sepanjang program.

HIDUP USAHAWAN!!!!

Keep on sharing...Keep in touch....Take care...

-Coach Wan-

Thursday, November 12, 2009

Untukmu Rosdi..dan kengkawan yang lain..

Assalamualaikum..

Buat Rosdi..

tabahkan hatimu..
teruskan perjuangan..
jangan engkau ragu..
dirimu tidak keseorangan..
kami sentiasa bersamamu..
dalam apa jua keadaan..
walaupun tidak sebantal..
jauh beribu batu..
dan yang paling penting..
iklhas dari sahabatmu..
YAKINLAH PADA DIRIMU..

dan video ini adalah untuk mu.. dan rakan-rakan yang lain.. hayatinya.. kerna aku jua pernah terjadi SITUASI seperti mu.. kini aku mengorak langkah dan
TETAP PERCAYA DAN YAKIN PADA DIRI SENDIRI





Janganlah sorang-sorang memendam perasaan.. share with us..mungkin kita boleh tolong..sharing is caring bukan scaring..
Kami Bukan Along.. Kami Cuma Nak Tolong..
he..he.. kasi ceria skit

tgk video tu.. pasang sound kuat-kuat..aku tgk sampai nangis.. betul beb..

Ikhlas
Mohammad HAfizi b Mohd Radzi
rerajin le layari laman blog saya..
http://mohdhafizi.com
Bakal Jutawan Internet suatu hari nanti..



Kedai seberang jaya baru buka. lalu butterworth singgah le.

Wednesday, November 11, 2009

Assalamulaikum..wbrt.
hai kawan2 ..sbenarnya dah lama aku nak menulis apa yang aku fikirkan penting untuk aku kongsikan bersama. tapi aku malu pada diri sendiri entah apa yg aku tuliskan ini dah aku lalui atau dah aku lakukan ke belum..
kita sering mngukur kejayaan dlm diri dan kejayaan perniagaan dlm bentuk harta benda( berapa duit yg ada, jenis kereta, saiz dan jenis rumah, bilangan perniagaan dsbgnya..) sehingga kita lupa ttg value sebenarnya kejayaan.
pemahaman aku ttg hakikat sebuah kejayaan juga telah berubah.dulu aku juga begitu..melihat konsep sebuah kejayaan mesti di ukur melalui benda2 diatas paras normal. aku sibuk bersembunyi di sebalik topeng daripada aku melihat kekurangan dlm diri sendiri. hidup hanya untuk topeng.
tapi hari ini aku melihat kejayaan dan kekayaan yg sebenar adalah bagaimana kita "meng up gredkan" diri kita dari satu nilai ke satu nilai yang lebih mulia. mcm yg kita tahu definasi seorg usahawan ialah org yg bangun tidur hari ini adalah lebih baik dari bangun tidurnya hari semalam.
kita takut di sebut gagal, takut di hina dan takut dipandang rendah kerana ketinggalan daripada kita jujur melihat diri sendiri. Mengapa????..
Entahla aku sendiri secara jujur mengakui bahawa aku juga jarang bercermin diri..Keusahawan adlh satu proses perjalanan yg penuh rintangan dan halangan. hidup umpama putaran roda. aku harap dlm kesibukan kita mengikut pusingan roda dan menari mengikut iramanya gendang kita masih jujur dlm melihat kekurangan dan potensi diri...utk apa dan utk siapa...

AKU maluuuu.....

Sunday, November 8, 2009

hai..kawan2. test tulis dlm blog

geng aku test tulis aje sebab .......

Wednesday, November 4, 2009

Pls download this ebook..

Assalamualaikum kengkawan...
Saya baru mencipta satu ebook mengenai pelaburan internet vs perniagaan internet. Ebook ini adalah berdasarkan kepada pengalaman pahit saya pernah terjebak dalam skim haram ini. Semuanya telah saya muatkan dalam ebook ini. Harap kengkawan download dan baca ebook ini. Kemudian saya minta tolong jasa dan budi baik kengkawan untuk beri komen terhadap hasil saya ini. Sesiapa yang beri komen akan saya muatkan dalam ruangan tertimonials review pembaca ebook ini. Buat pengetahuan ebook ini belum lagi dilancarkan. Maka saya beri penghormatan kepada kengkawan untuk mendapatkan ebook ini sebelum ia dilancarkan kelak. Kemungkinan ebook ini akan dijual pada harga RM37.

Sambil-sambil itu ada iklan dari penaja rancangan. Tips untuk mengelak dari virus H1N1.





Ps: Tahniah kepada Mad kerana berjaya bukak lagi satu cawangan.. opsss.. cawangan kedai dia daaaa. bukan 'cawangan' lain haaa....

Friday, October 30, 2009

Apa yang korang kenal mengenai Fizzi?

Assalamualaikum teman-teman seperjuangan..

Disini saya yang bernama Mohammad Hafizi b Mohd Radzi ingin memohon jasa baik teman buddy pairs serta rakan-rakan buddies yang juga saya anggap sebagai coach in the making, untuk memberikan sedikit ulasan ikhlas mengenai diri saya.. maksud saya bukan diri anda sekelian.. tetapi untuk diri saya yang bernama seperti diatas. Tulislah dalam ruangan komen pandangan ikhlas teman-teman terhadap diri saya samada personaliti, sikap, perangai, mahupun apa sahaja mengenai diri saya. Saya sedia untuk menerima segala kritikan dan pandangan ikhlas samada positif ataupun negatif. Harap teman-teman seperjuangan dapat memberikan respon segera mungkin.

Sambil-sambil tu tontonilah iklan yang menjadikan saya GLAMOR suatu masa dulu..Glamor giler..



yang benar..
Fizzi
The New IM Millionaires in the making..
http://mohdhafizi.com
www.websegera.my

ps: IM - Internet Marketer

Tuesday, October 13, 2009

Teknik Paling Berkesan Menarik Pelanggan!!

Teknik yang baru saya dapat yang boleh menarik pelanggan yang paling efektif.. panduan dan teknik ni belum lagi dapat dkt mana-mana buku..terbukti berjaya menarik pelanggan. Satu tips and triks yang berguna kepada kita khusus bagi peniaga-peniaga pasar malam atau pasar tani(macam eden le)



Cuba le..den pun nak try nanti.. he..he..
Ada laie tips menarik di http://mohdhafizi.com

Saturday, October 10, 2009

Lagu Inspirasi Ku..

Lagu yang memberi Inspirasi kepada ku, memberi kekuatan tatkala semangat ku hilang, memberi sinar tatkala gelita laluanku, cetusan hati dan dedikasi dari ku..

Wajah-wajah kesayangan hamba..

Bad English - When I See You Smile Lyrics
-----------------------------------------

Sometimes I wonder
If I'd ever make it through
Through this world
without having in you
I just wouldn't have a clue

Cause sometimes it seems
Like this world's closing in on me
And there's no way of breaking free
And then I see you reach for me

Sometimes I wanna give up
Wanna give in
I wanna quit the fight
And then I see you baby
And everything's alright
Everything's alright

When I see you smile
I can face the world
Oh you know I can do anything
When I see you smile
I see a ray of light
Oh I see it shining
right through the rain
When I see you smile
Baby when I see you smile at me
Oh yeah

Baby there's nothing in this world that could ever do
What the touch of your hand can do
It's like nothing that I ever knew

Hey
And when the rain is falling
I don't feel it
Cause you're here with me now
I wanna ask you baby
It's all I'll ever need
All I'll ever need

When I see you smile
I can face the world
Oh you know I can do anything
When I see you smile
I see a ray of light
Oh I see it shining
right through the rain
When I see you smile baby
Baby when I see you smile at me

Sometimes I wanna give up
I wanna give in
I wanna quit the fight
Then one look at you baby
And everything's alright
Hey everything's alright
It's alright

When I see you smile
I can face the world
Oh you know I can do anything
When I see you smile
I see a ray of light
Oh I see it shining
right through the rain
Yeah
When I see you smile
Yeah I can face the world
Oh you know I can do anything now
When I see you smile
Oh yeah
Baby when I see you smile
Smile at me..

dari - fizzi
http://mohdhafizi.com
ps: pasang speaker kuat-kuat..baru feel..

Nak download lagu ni?
Klik disini : Bad English - When I See U Smile

Wednesday, October 7, 2009

Rahsia Bisnes Orang Cina

Episod 1 ( sejarah bisnes orang Cina )

" Jika dahulu bapanya berniaga air di tepi jalan, maka anaknya akan membuka restoran dan barangkali cucunya akan membuka kilang menghasilkan air dalam tin ".

Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) yang diperkenalkan pd thn 1970 an berjaya melahirkan sejumlah usahawan ahli perniagaan dan tokoh korporat di kalangan penduduk bumiputra sama ada Islam atau tak. Ini membuktikan perniagaan adalah bidang yang boleh dipelajari dan tidak semestinya dimonopoli oleh sesuatu kaum.

"Sejarah yg dilalui oleh orang Cina untuk menjadi peniaga yang berjaya penuh dengan  
seribu satu liku ".

" Sejarah perniagaan orang Cina bermula dalam bidang peruncitan. Drpd bidang ini orang Cina memperoleh pengalaman dan kemahiran bagi menghadapi pelbagai karenah manusia ".

" Perniagaan orang Cina tidak melibatkan banyak formaliti dan karenah birokrasi. Mereka berusaha menjadikan urusniaga itu semudah yang mungkin ".

Kepada sahabat semua bezanya orang Cina dengan kita mereka bukan beragama Islam dimana kita merancang dan berusaha sehabis usaha dan akhir sekali tawakal dan menyerahkan kepada Pencipta yang menentukan segalanya. Sekiranya segala yang dirancang GAGAL dan segala yang diusahakan HANCUR namun PENGALAMAN menempuh segala perkara tersebut amat bernilai yang tidak dapat diberikan kepada orang lain. Hanya insan terpilih sahaja yang akan menempuh kegagalan dan terserah kepada diri kita sama ada mahu bangkit daripada kegagalan atau menyerah kalah kepada takdir. Dan itu bukan sifat orang Islam.

Sunday, September 27, 2009

assalamualaikum!

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

memang allah sengaja...

Saturday, September 26, 2009

Seronok Beraya Kat Kampung

  1. Lepas aje solat raya kat surau Padang Tembak kampar,  balik jumpa mak mertua kat kampung air hitam labu, lepas aje beraya dengan mak mertua kami terus balik Kedah.....memang seronok beraya kat kedah almaklumlah adik beradik semua balik kampung,sedaq-sedaq 6 hari juga lah, macam-macam program kami buat, cari ikan kat bendang tengah orang mengala, memang banyak sungguh ikan kat kg kampung mak sedara kat kotdiang tuu, lepas tu bakar ikan, lepas tu pergi beraya kat umah adik beradik sebelah ayah dan sebelah mak,keluaq bagi balik malam...tak rasa letih langsung....memang seronok...seronok-seronok pun puasa 6 jangan lupa lee..Disini kami sekeluarga sekali lagi nak ucapkan selamat HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN buat semua sahabat-sahabat semua, Dan selamat menjalani ibadah puasa 6. Drpd : Anuar, Norazimas, Mujahid, Nurul Iman, Nurul Jannah & Yg bakal lahir bulan 2 thn dpn ( Mohd Fathi Yakan ).

Wednesday, September 23, 2009

Response Dari Coach 1 utk Zie & Team

Salam Zie...Saya ada terima beberapa SMS yang lalu dan dah reply. Terima tak? Nak double check coz takde response kembali lepas tu.. risau i dah salah anta sms tu..Saya kagum dengan kekuatan semangat keusahawanan zie. Kekuatan mental dalam tetap fokus. Ketabahan hati dalam menerima ujian getir ini. Ingat lagi tak kata2 " Keusahawanan sebenar teruji di bawah tekanan".. and saya rasa zie telah memahami dan menghayati prinsip ini..

Bagi Team yang lain.. support anda amat diperlukan masa ini untuk menyokong zie.. bagi zie, ini masa terbaik untuk terus sharing dan mengizinkan team bersama menyokong.. teruskan beri keizinan sebagaimana zie buat sekarang. Tahniah coz zie tidak menjadikan situasi zie sebagai "mangsa" keadaan. Sebaliknya terus berhadapan dengan cabaran dan berhadapan dengan PUNB walau dalam suasana tidak sihat secara fizikal.

Walau bagaimanapun, pls jaga cek yang dikeluarkan agar tidak lagi bounce.. sebaik 3x returned cek dlm 1 tahun, akaun semasa ditutup dan blacklisted Bank Negara utk 1 tahun.. cadangan saya adalah x issue cek bank tersebut lagi,cxl semua cek yang telah diisue, tukarkan cek tersebut dengan cek akaun baru dan segera buka akaun di bank lain agar tak bounce kali ke-3.kalau buka di bank baru, masih ada 3 x lagi. (Cadangan je..)Zie, pls teruskan semangat positif begini and keep me updated of your situation.

Peringatan kepada Team: Jangan anggap coaching dah tamat..sebaliknya 6 bulan bersama baru satu permulaan... I am always there for you if you all need me.. HIDUP USAHAWAN!!!

Makluman utk Team: No HP baru saya: 019-2220652No lama masih aktif tapi dh jd spare je.. pls UPDATE k.

"SELAMAT HARI RAYA, Maaf Zahir Batin"

Thursday, September 17, 2009

Ceh!! Gambo Mr. Bin

Kin

Kalau nak bagi duit raye bagi le gambo agung. Gambo Mr bean tak laku dik oi. Kat sini saya nak share dengan semua pengalaman saya dalam menangani krisis sale yang jatuh mcm jatuh dari banggunan dia punya speed.
Semenjak saya sakit dan tak dapat nak memantau bis akibatnya sale jatuh dan saya tak mampu bayar loan. Saya lambat bagitau officer mengakibatkan 2 cek tendang. Dalam merangkak dan mengesot ( memang tak boleh nak bangun ) dalam lebih kurang 3 bulan saya manage utk draft emel n minta my hubby emel officer. Almaklum semua kat rumah tu dah potong. Nasib baik letrik je tak potong. Nak jimat punya pasal n nak jaga jgn sampai bis tutup. Alhamdulillah 3 jam lps tu officer terus call dan saya story apa yang dah jadi. Memula officer mcm tak caye. Berpeluh le ketiak nak xplen kenapa bis jadi mcm tu.
Lepas tu dia yang suggest kita buat restructured. Tapi syaratnye saya kene ke punb mengadap Pn Norshear. Saya cakap takut tak sampai je kat punb sbb saya tak leh jln jauh cepat nak pitam. Diaorg bagi saya masa lagi. Masuk preagnancy saya dah 4 bulan kesihatan dah maikn ok. So gagah pergi juge ke Punb nak setelkan bab ni.
Saya selalu ingat mcm mana coach bole handle prob dia waktu dah nak bankrupt. Inikan saya yang bukannya bankrap lg. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah mengadap Pn Norshear dgn Pn Rohana bukannya cerita bab nak rescheduled tapi cerita bab org mengandung pulak. Dan skrg saya dan planning nak buat mcm mana dgn bis sy. Saya berpegang pada janji Allah Dia uji pada orang yang tahan pada ujianNya.
Yang syoknya lagi dapat rescheduled loan lagi jatuh nampaknya sale kali ni. Sabar dan kene ambik action immediately la ni.
So disini saya nak nasihat pada semua jika ada masalah yang rasanya mcm balak jatuh menimpa bertenang dan insyaAllah jalan penyelesaian memang ada. Sebelum ni saya memang tak tahu Punb boleh bagi kemudahan mcm ni. Bila saya kesana rupanya saya bukanlah diantara orang yang banyak tersangkut bayaran loan ade yang sampai setahun tak bayar pun ade. Dah lah sangkut sampai setahun pastu mai nak jumpa commitee utk tambah loan lagi. Makna kata masih ada peluang lagi la.
Saya juge berharap agar blog kita ini akan ceria balik kerana kita sebenarnya saling memerlukan dan kita boleh saling membantu walau hanya dgn moral support. Itu lebih berkuasa dari financial support. Ingat kembali malam yang semua pakat teriak tak berenti tu waktu tu kita semua dah mcm kembar. Cubit paha kiri paha kanan terasa. So saya harap kita dapat saling membantu dan sharing dalam blog yang dah dibuat oleh tuan punya alam maya ni. Kesian kat sopy.

p/s sopy akak akan ke mardi lepas raye ni so harapnya go global akan bantu balik bab urusan dgn smidec tu.

Selamat Hari Raya..nak bg duit raya ni..


SalamAidilfitri '09Salam dihulur maaf kupohon buat semua rakan2..
Disini, ku ingin mengucapkanSelamat Hari Raya dan juga ingin meminta maaf sekiranya ada:


TERkasar bahasa,
TERsilap bicara,
TERmarah yang tak kena,
TERtanya tak tentu hala,
TERsasul yang tak sengaja,
TERpukul kat mana-mana,
TERpekik di telinga,
TERhantuk di kepala,
TERpinjam harta benda,
TERmoody tak semena-semena,
TERumpat bila-bila,
TERusik yg sengaja,dan segala macam 'TER' lagiMaaf Zahir & Batin! ^_^

WaLAu LaNgkAH TaK BeRTeMu,
TaNgaN TaK BeRJaBaT,
UcaP TaK TeRDeNgaR,
MaTA TaK BeRTeNTaNG...MoHoN MaAF sEGaLa KekHiLaFaN =
KeRaNA aDa TiKaNyAMaTa SiLaP MeMaNdANg,
TeLiNGa SaLaH MeNdeNgaR,
LiDaH TeRLaNjuR BeRkATa-KatA & HaTITeRsaLaH MeNDuGa.SALAM AIDILFITRI MINAL AIDIL WALFAIZIN..

Kata Al-Ghazali :yang jauh itu WAKTU,
yang dekat itu MATI,
yang besar itu NAFSU,
yang berat itu AMANAH,
yang mudah itu BERBUAT DOSA,
yang panjang itu AMAL SOLEH
yang indah itu SALING MEMAAFKAN”Salam aidilfitri maaf zahir dan batin”.

Katak kenyang lalu tertidur,Gajah pitam lantas terjatuh,Andai tak sampai tangan menghulur,Ku pohon keampunan dari jauh.Raya tahun ni REZEKI melimpah2..jadi terima lah duit raya dari ku..Jangn membazir lak..cukup rasanya sampai raya tahun depan ni..heheheee..

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Menyambut Aidilfitri

Assalamualaikum

Semuanya letih posa dan bz dengan bisnes. Disini saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri yang bakal menjelma. Kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepa

Sunday, August 30, 2009

SELAMAT BERPUASA KAWAN-KAWAN DAN COACH 1

Assalamualaikum wrbt.

Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak saya dan isteri ingin mengucapkan Selamat Berpuasa. Semoga sepanjang bulan puasa ini Tuhan menambahkan lagi rezeki kita.

Terima kasih kepada teman-teman yang sudi sms mengucapkan selamat berpuasa.

Hidup Usahawan !!!

Wednesday, August 19, 2009

Touch of Blessing Ramadan


Istiqomah


Kunci Kejayaan

Aku suka share motivasi yang aku dpt ni ngan korang smua.Sbb aku pun terasa bahang ekonomi skarg.

Kadang-kala, di dalam perjalanan hidup yang berliku mengejar cita-cita, ada sahaja halangan dan dugaan yang mendatang. Diri mula terasa lemah, jiwa mula terasa gelisah, hati tidak tenang, fikiran menjadi tidak tentu arah. Namun, itu semua harus dilalui, kerana matlamat akhir, iaitu kejayaan yang ingin dimiliki.
Diri ditarbiah, dimotivasikan untuk mendapatkan kembali semangat baru untuk bergerak maju ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Kegagalan silam dijadikan kunci kejayaan yang mendatang. Tetapi, mampukah semangat ini terus dinyalakan di dalam diri? Agar tidak padam seperti dahulu tatkala diri ditimpa dugaan sekali lagi.
Ingatlah, jangan sesekali berputus asa. Jangan sesekali mensabotaj diri sendiri dengan mengatakan bahawa diri tidak mampu mengharungi dugaan-dugaan itu. Ingatlah, Allah S.W.T. tidak menurunkan sesuatu dugaan itu kepada hamba-hambanya jika hamba-hambanya tidak mampu menghadapinya. Antara salah satu kaedah atau tindakan yang boleh diambil untuk terus menyemarakkan api perjuangan di dalam diri adalah, dengan menjadi seorang insan yang istiqamah. “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan Tuhan kami adalah Allah, kemudian,mereka tetap istiqamah, maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tiada (pula) berduka cita.” ( Surah Al-Ahqaaf: 13)
Latih diri dalam menjadi seorang yang insan yang istiqamah dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan. Kenali diri, sayangi diri, dan letakkan matlamat jangka panjang;

1) Menjaga hubungan dengan Allah S.W.T
2) Masukkan matlamat di dalam doa
3) Mulakanlah pekerjaan dengan berdoa
4) Berterusan dalam mencari ilmu
5) Amalkanlah perkara-perkara yang dapat menarik hidayah Allah S.W.T
6) Kenali diri
7) Menolong insan lain untuk berjaya
8) Iklankan matlamat

Allah sayang akan hamba-hambanya yang istiqamah di dalam pekerjaan. Janganlah berputus asa dengan rahmat Allah.

Thursday, July 23, 2009

Biznes Baru Saya

klik sini untuk tengok benda baru yang aku sedang buat.

Argh! pening pale!!

klik SINI

Prestasi Jualan.

TQ coach singgah mai,

Hello semua,

nak kongsi, bulan ni rata2 sale menjunam. Ada antara kita yg bagitau saya sale jatuh teruk. Peniaga lain d tmpt sy ada yg dah 2minggu x de sale. Yg lain mcm mana?

apa kita boleh buat?

mmh

Wednesday, July 22, 2009

PESANAN PENAJA :-)

Aslkm Team...

Apa habaq semua.... Saya doakan agar segala yang diusahakan sedang membuahkan hasil....

Kita sama2 tunggu tarikh pemberian sijil dari PUNB ok?... depa tgh sibuk dengan program Perantis... harap semua dapat turun utk upacara tersebut..

Pesanan Penaja;

1- Support buddy pair masing2
2- Support Team
3- Imbangi kehidupan & perniagaan
4- Be a giver & teruskan sharing. (I am always there for u....) :-)

P/S Rindu plak kat semua... :-) Pls take care!!

-Coach Wan-

Thursday, July 9, 2009

Blog House of Healin Kepala Batas


Salam semua,

House of Healin Kepala Batas (HOHKB) baru bina blog rasmi.

Kunjung2 ke Blog kami yang baru dibina. Alfian Sopy, tolong beri tunjuk ajar kalau ada apa2 aku boleh upgrade dlm blog baru ni. Thanks

Kelmarin (8 Julai 09) lawat Kak Zie, alhamdulillah dia dah baik skit. So Kak Zie is back on track. Harap suplimen tu boleh bantu kak zie. Ye la Kak zie ni nak lari 100 meter tapi tenaga yang ada cuma untuk 50 meter.

Tapi mee buatan kak zie memang sedap, dah try buat mee goreng (suruh kedai masak) depa kata mee tu tak banyak kapur, (i.e. baguih la tu).

Ok think positive Kak zie.

sebelah ni gamba anak kak zie ;-)

lawati http://healinkepalabatas.blogspot.com

Cadangan untuk jadikan website niaga kita lebih berkesan: http://websiteoptimizer.blogspot.com/

Muhammad

Sunday, June 21, 2009

Lawatan bersama my Buddy


salam semua...hope korang semua shat n smakin rancak ngan biz msg2...Smalam ekin n my buddy Afiff membuat lawatan ke tempat Kak Azi..Mula2 Afiff singgah tgk kdai Wakiki kat Menara condong, then kitorang sama2 gi tgk kiosk kat Giant...Thanks buddy dtg wat lawatan ngan ashkar2 n timbalan komandan lg...huhuhuh...


Pastu kitorang plan nk gi tgk kak Azi kat Kampar..so kitorang g 2 kereta, yelah x'n nak ikut dia lik gombak lak..hehhee..so bila kitorang sampai kat Majlis Daerah Kampar, husband kak azi jmput n bawak g umah n merangkap tmpat m'proses mee kuning..


1st time jumpa kak azi ekin cam t'kejut tgk keadaan dia yg agak pucat dan x bermaya..sbb sblum tu pun dia ada msg kin ckp dia hy t'baring dh dkt 3 minggu!!Ya allah..x tau camana nk support akak aku yg sorang ni..dia pun ada bgtau gak biz dia drop gila2...sbb x berdaya nk uruskan biz wat ms skrg..ikin n afiff hy leh dtg tgk n bg smangat aje kat kak azi...


afiff pun t'kejut sbb tgk kak zie leh duduk..tp kak azi ckp mayb sbb smangat nk terima lawatan kitorang yg wat dia larat nk bgn..dia ada bgtau ikin kalo tak dia kena tahan wad tk masuk air, tp dia ckp dia leh tahan lagi..Dia pun agak2 t'tekan ngan kredit yg dtg sbb dia x larat nk byr kedit dia...hope kita sama2 leh bg smangat pada akak kita ni...


Tapi ikin mmg sonok sgt dpt jumpa buddy n askar dia main ngan ashkar kak azi..cam nk roboh aje umah kak azi tu..hahahhaha....pada kak azi kalo smpat baca ni kuatkan smangat ok...






Monday, June 15, 2009

Wednesday, June 10, 2009

sms dari Norazimas




kawan2 semua semalam saya terima sms dari Kak Norazimas:

"Akak x dpt nk sharing dlm web kita. Intenet potong sementara x baya. Bis pun very slow n drop as akak punye kesihatan pun teruk juga. Akak kene rehat byk utk elak gugur skali lg. So kirim salam akak utk team kita. Doa kn utk akak ye. Support akak masih bersama team kita walau akak x dpt buka web kita utk sementara ni."

she need our support. How can we support her. any ideas.

Saturday, June 6, 2009

Promosi di House of Healin




Hello semua,

1. Di House of Healin Kepala Batas kami tengah nak cuba tingkatkan jumlah kedatangan ke kedai dengan meramaikan orang yang tahu Kami ada di Kepala Batas.

2. Pertama Kami telah design banner (gamba banner tu warna x betul, mungkin blog ni x support warna sebenar:-) baru dan berazam meletakkan 10 banner baru setiap bulan di lokasi yang strategik. Dulu masa sesi coaching berjalan dengan 5 banner sahaja telah naikkan sale kepada 2 x ganda.

3. Kedua Melancarkan pemeriksaan Kesihatan DMS di outlet kami. Dengan kaedah ini pelanggan dapat memeriksa tahap kesihatan organ dan tenaga secara menyeluruh. Keistimewaan DMS dapat menganggarkan risiko penyakit yang mungkin dialami jika keadaan pelanggan berterusan spt sekarang. Disamping dpt mengesyorkan perubahan2 utk memulihkan diri termasuk pengambilan supplemen HEALIN yg sesuai.

Pemasara DMS:

1. Pelanggan target permulaan ialah pelanggan di dalam database. maklumat dan promosi dihantar melalui sms:

sms1
BERITA BAIK, KESAN simptom2 peringkat awal penyakit SKRG& CEGAH dgn teknologi terkini Digital Meridian System(DMS),RM35, analisis 90% tepat(No.RUJ NR570) HEALIN

sms2
PROMOSI TEMPAHAN AWAL,Tempah KHIDMAT ANALISA DMS sekarang(RM20) untuk HADIAH produk terbaru SABUN MIRAKEL(RM12)-cegah iritasi& rawat kulit, tamat 31/7/09 HEALIN

Selepas menghantar sms kami menerima 4 tempahan. esoknya, kami mendapat jumlah tempahan 9 orang walaupun belum dimulakan. alhamdulillah. inilah sebab saya tuliS post ini nak sharing kegembiraan ini. Saya menganggarkan jika mendapat 71 tempahan lagi akan balik modal sebelum membeli alat itu (RM3100).

Count Down Tempahan DMS: 46 tempahan (last updated 16/7/09)


Hidup Usahawan!


Thursday, June 4, 2009

PERGI SABAH!

12-15hb June 2009 ni aku ada kat kota kinabalu. Buat event pasal sistem online aku ni.
penuh jadual aku dari pagi sampai malam. Harap2 balik dari sabah boleh jadi kaya la! MUAHAHAHAHA!
assalamulaikum.............

buat pertama kali dlm hidup aku tulis kat blog..mula2 x pandai sgt tapi buddy pair aku tolong.
Ari ni ari yg paling penat buat aku..ramai sgt org...alhamdulillah.. masyuk la ckit. ari jugak ari yg paling aku benci dlm bulan ni.. duit aku kena potong SEWA LALUAN Rm 1500.00. entahlah...sabar je lah.

Pasal meeting aku ari geng semua nya berjln dgn lancar pd pertengahannya. Tengku x turun yg turun mejar ( B ) Randhir. pd mula aku kena marah sbb penampilan aku agak selekeh ( mmg selekeh pon pakai selipar). sebenar kasut aku tinggal kat umah bini aku kat kl sbb 2 aku pakai selipar. mengamuk singh 2 kat aku. aku buat dono je..bere bro. salah gua gak..tapi bila mesyuarat berjalan aku kena puji sbb idea dan cadangan aku munasabah dan byk membantu syarikat utk dptkan duit. kembang kejapla... singh puji aku. lps 2 aku tanyala bila komisyen tiket nak naik .... tang 2 je..dia org dah gelak2. aku gelak gakla..

singh 2 pelik mcm mana aku boleh tahu mcmana nak cari laluan yg buat duit siap dgn statistiknya..aku pun buat bodo jela ( mmg Aku pun X Pandai sgt ). mmg keja aku dulu buat duit utk syarikat..ok lah geng ni aje aku sharing dgn kou org

Harakahdaily.net!

gua dah port iklan gua kat harakahdaily.net.

jenguk2lah!

Monday, June 1, 2009

Blog Butik Almas

Assalamualaikum...
Kawan2 aku ada buat blog untuk Butik kami. Boleh lawati dan kalau ada kawan yang tinggal di Kuching atau Sarawak amnya boleh promotekan link ini... TQ. http://www.butikalmas.blogspot.com

Saturday, May 30, 2009

Sharing is Caring..




Staff Wakiki yang terpaksa di tarik tk beberapa hari smpena pmbukaan Giant 4 ari..



Kiosk kat corner lot n dpn kaunter pmbayarn Giant...

Kiosk baru



Kiosk simple aje...

Tuesday, May 26, 2009

ari yang memenatkan..

salam team...hope sumer sehat n biz berjalan lancar..aku kat sini alhamdulillah ok tp aku nk share pengalaman aku yg kurang best skit arini..hehehh kalo nk share laa..kalo korang nak tau smlm ari senin aku amik stok aku tk giant...aku dah susun schedule aku spanjang minggu ni..aku bajet arini aku nk setup kiosk aku kat giant..aku yg smemangnya b'semangat lebih ni bajet arin kiosk aku kat sana leh siap la..sbb aku nk susun brg2 aku esok ari rabu ptg.sbb pg aku nk antar stok pmpes aku kt kdai2..

tp malang btul laa apa yg aku harapkan x b'jln ngan lancar..aku ngan partner aku dtg pg n dh siap bwk apa yg kitorng nk arrange tk kiosk..tp ptg kul 3 grace yg uruskan psl kiosk dtg bgtau kiosk aku tuk 4 ari pembukaan giant bkn kat tmpt spatutnya sbb giant nk jual aiskrim b'peti-peti kat tmpt kiosk asal...adusss...dia ingat org t.intan ni mkn aiskrim x mkn nasi kot..hehehehe

kitorang dpt btul2 pintu org kuar pas byr kat giant..cam best je bunyi..tp yg x bestnya tapak 16x16kaki kitorang share 4 kiosk..so korang kira laa bsr mana aje aku leh niaga...tp aku sbrr..kuatkan smangat..x lama pastu pihak giant lak dtg kat kitorang berempat ni kata kiosk kitorg tu mengganggu plak sbb diorng nk bwk kaunter pmbayaran tk mudahkan org ramai byr kat luar tu nanti...eerm..mmg byk mslh laa pengurusan giant ni sbb pasaraya br nk bukak kt tmpat aku ni..last2nya si grace tu ckp kitorng leh setup kiosk esk ari rabu bg m'udahkan kerja kitorng sama..n confirmkan lik tmpat mana kitorng leh niaga kat tmpt kiosk asal atau tmpt smentara ni..
aku nk ckp bengang x laa gak..tp aku frust skit sbb yg aku rancang x b'jlan lancar..aku x sk nk wat last2 minute..nanti abg wan ckp aku ni redahhh...cam redah ujan..hehhee..tp aku aware dh td yg tmpt asal kiosk aku tu penuh ngan peti aiskrim n aku mula pk camana plak customer aku & aiskrim tu nk beli brg..sat lagi berlaga kat situ aje.
apa2 pun aku kena siapkan esk gak sbb ari kamis ni pembukaan giant n aku x kira laa kalo shop lot atau yg lain2 x siap renovate n x msk brg lg asalkan ari pmbukaan tu by crook or by hook aku nk niaga gak...hehhehe..chaio...chaio...to my beloved buddy aafif..thanx for coming..aku menunggu...

Friday, May 22, 2009

Deklarasi Muhammad MHakimi


DEKLARASI PERNIAGAAN 1:

Meningkatkan bilangan pelanggan tetap kepada 500 orang sebulan(HEALIN) dan 30 orang sebulan (AG2000) dalam masa 6 bulan (atau 31/11/09).

Countdown

May : 273

June: 249

July: xx

Ogos: xx

Sept: xx

Oct: xx

Nov: xx



DEKLARASI PERNIAGAAN 2:

Meningkatkan tahap perkhidmatan pelanggan House of Healin Kepala Batas kepada ‘Memuaskan’ pada keseluruhan dalam masa 3 bulan (atau 31/8/09).

DEKLARASI PERIBADI:

Melawat dan meluangkan masa bersama nenek di kampong Perlis dan Batu Pahat sebulan satu(1) kali sebelum 31 Ogos 2009.

Update:

May: Perlis (27may09), B.Pahat (xx)

June: Perlis (24June09), B.Pahat (2June09)

July: Perlis (xx), B.Pahat (xx)

Ogos: Perlis (xx), B.Pahat (xx)


Hidup Usahawan!

Thursday, May 21, 2009

WELCOME TO SARAWAK

Terima kasih zie, sudi nak datang sini. Boleh plan awal coz bulan Julai, Ogos & Sept agak sibuk (ada banyak pesta & bulan posa). Maybe lepas raya boleh mai. Yang lain2 kalau nak mai skali pun ok. Boleh gathering di bumi kenyalang ni. Tiket tengah murah skang ni beb KL-KCH-KL dalam RM200 je... Bab makan n minum n tempat tidoq no problem bisa di atur. Coach wan boleh datang skali...

Wednesday, May 20, 2009

Deklarasi Norazimas Yusof

Deklarasi Perniagaan

Sebelum 31 Dec 2009 ini saya akan pastikan mi kuning jenama Mee Mujahid akan sampai ke area KL n Selangor......Sopi tolong akak jadi agen boleh ek.

Deklarasi Peribadi

Sebelum 31 Dec 2009 ni saya nak bawa famili ke Sarawak dan kenalkan dengan buddy pair n her beloved husband. So Maz tunggu Zie bawak askar2 zie pi sana. Stand by penginapan dengan makanan ye. Takut cukup duit tambang je :)

So sahabat yang dikasihi semua meh kita kongsi declaration kita. Nanti kita boleh sama-sama ingatkan.

Perjumpaan dgn coach (yg x dirancang)


Add ImageBermula dengan Perjumpaan mengenai SMIDEC di KL bersama Kak Zie, Rosdi, Sopy, Aff dan Ikin. Tiba2 coach call dan alang2 dah berkumpul kami atur pertemuan di kawasan berdekatan.

bak kata Alfian kita perlu praktikan ilmu2 coaching.

Info dari Coach, terdapat 2 cara meneruskan program coaching (coach if you're reading this please correct me if i'm wrong):

Pertama, menjadi coach trainee. contact coach personally. Syaratnya telah menjadi coachee dan menepati kriteria coach to be.

Kedua, Join ECI club, contact PA naidi untuk details seperti yuran tahunan. ECI club ialah seperti group coaching kita tapi terdiri daripada ramai lagi coachee lain. ini satu lagi kumpulan sokongan usahawan.

Ketiga, ini tambahan saya semata, Bergiat aktif bersama PUNB coachee group batch 1. Group kitalah tu. Dengan mempraktikkan amalan biz coaching pada diri dan membantu group member mencapai deklarasi yang S.M.A.R.T, saya yakin kita akan berjaya (mempunyai asas perniagaan yang kukuh) dalam 2 tahun lagi.

Konsep P.L.O.C pernah diajar coach.

Control(terakhir)
(Bermula dgn satu project kita mungkin dapat memantau perniagaan secara personal, tetapi apabila mempunyai beberapa project/plan tindakan serentak kita memerlukan satu kaedah pemantauan, contohnya menggunakan kaedah monthly report, KPI, target, job spec, manual) contoh yang senang monthly report yg kita hantar tiap bulan pada PUNB, itu satu kaedah pemantauan prestasi .

Lead(ketiga)
(seperti delegate tugasan kepada orang lain, dan inspire mereka untuk menjadi penyokong berbanding pekerja, we support their passion they become our supporter, the question is whats in for them if they help us? so we need to know their passion, people find job to support their passion. If we only pay them we get a worker/pekerja but if we support their passion we get a solid supporter for our project)

Organise(kedua)
(contohnya menyusun strategi dalam bentuk Plan Tindakan mingguan, checklist untuk melancarkan pelaksanaan pelan tindakan)

Plan(pertama)
(brain storming, making plans,deklarasi SMART)

Inilah serba ringkas apa yang saya pelajari dari coach1.
Aku harap ni menjawap soalan Sopy.

Aku percaya setiap orang dari kita telah belajar sesuatu dari coach1 yang org lain tak dapat faham. kalau dikongsi mungkin beri manfaat pada yang lain.

Free POS system:
Sopy dan sesiapa yang berminat utk ada sistem Point Of Sale (POS), sistem rekod pembayaran guna komputer boleh download FREE disini:

http://proffittcenter.org/

perlu:
1.Laptop / desktop
2.barcode scanner (kalau brg ada barcode), boleh dpt kat ebay RM250 brand new.

Dgn POS kita boleh rekod setiap jualan, masa jualan, nama pembeli, jumlah stok keluar masuk, bilangan stok yg tinggal dll.

Diluar harganya RM3000 complete set. ada pro and con. tapi setakat ini it does the job well for me ;-)

Hidup Usahawan

Tuesday, May 19, 2009

HIDUP USAHAWAN

THANKS TO SOPI. BLOG INI AKAN JADI PLATFORM BAGI TEAM KITA BERINTERAKSI & SHARING. HOPE SEMUA DAPAT LUANGKAN SEDIKIT MASA. NO RIGHT NO WRONG. 5W 2H. MITOS USAHAWAN. DYAD. ISTANA PASIR. GIVER vs TAKER. dll. GUNAKAN TOOLS YANG DIBEKALKAN OLEH ABANG LONG KITA (coach WAN). HIDUP USAHAWAN!!!

Monday, May 18, 2009

(GAMBAR) Lepas makan suap2!

sumpah aku tak tau yang aku skang ni gemuk gile! dulu aku slim beb! Cis! Tunggulah, Manna Formulation akan berada di pasaran tidak lama lagi!

AUTHOR!

Salam semua!

Semua aku dah invite sebagai AUTHOR, so buatlah blog ni mcm blog korang. Jgn letak gambar porno sudah! kalo nak bagi gak, e-mel personal je. HuHuHu!

Thursday, May 14, 2009

Sms Dari Coach lagi

tengah2 aku nak pegi print poster aku, tiba2 hp aku berbunyik. kali ni hp masuk duit (hp ni akan berbunyi tiap kali ada org bg duit kat aku). Aku da nak happy dah, rupe2nya dari coach, "just let u know, satu2nya pekerja syikin baru berhenti. cabaran2."

ish! kesian plak kat kwn2 aku ni. nanti la dtg jumpa aku, kita borak2.

kepada syikin, kalo org da berenti tu, cari jelah pekerja baru. kalo tak jumpa gak, kawen, suh laki ko jaga kedai. kan senang. almas bleh je! x gitu?

Wednesday, May 13, 2009

Program Affliate

kalo korang rajin, jenguklah kat program affialiate yg aku wat utk aku, atau utk org lain. korang klik je kat link kat Laman Web kawan2 tu. Kalo nak buat duit boleh sangat coz korang tolong promote je. xpyh simpan stok. promote URL yg korang dpt nnt je.

p/s: kalo nak wat web cmtu, bleh gak kontek aku.

TQ!

SMS dari Coach Wan

tgh aku lepak2 kat kilang marah2 coz production aku lambat gila, tiba2 hpku berbunyi menandakan ada SMS masuk. aku baca dlm hati:

"Aslkm team, ROSDI {0172197987} sdg m'lalui cabaran. kTr tiketnya dipecah masuk & hilang duit pusingan. Pls support his emotions. HIDUP USAHAWAN..!! Tq coach Wan."

dpt je aku terus msg rosdi dan dia reply. so, sesape yang belum kol @ sms @ e-emel @ tulis surat dan hantar pakai pos laju, elok2 la wat segera. arini kwn kita kena, besok kalo kita kena, manalah tau. x gitu?

untuk rosdi, pepehal ko calling aku, kg aku ada bomoh fotostet, dia bleh fotostet bagi kuar muka pencuri gua ckp lu...

Tuesday, May 12, 2009

Untuk kawan2!

tq pada sesiapa yang msg aku. aku bukan xnak reply tapi aku punye hp kena potong. bill xbyr. siot betul! tu yg kena guna hp opis.

ini berkenaan meeting dgn aku pasal SMIDEC tu, hope korang bleh set kan masa yang korang free. tp kalo bleh hari kerja coz ari cuti, partner aku mmg x free. so dia ckp kat aku, kalo nak berjaya, kenalah berkorban sket. bkn utk sape, utk bisnes kita juga. Jadi, aku hanya sampaikan ape yang dia ckp.

so, utk korang yang betul2 nak aku tolong, tolong tulis bila korang nak jumpe aku n partner diruangan komen.

tq!

Selamat Datang Kawan2 ku!

aku buat blog ini untuk korang semua! ini kira benda paling mudah boleh aku buat. kita boleh borak2 kat sini, boleh kongsi2 idea, boleh mintak pendapat sesape, buatlah apa saja, blog ini memang utk korang sume. mungkin blog ini kecil, tapi besar fungsinya untuk kita.
jadi tolong sampaikan psl weblog ini pada semua!

terima kasih kerna sudi singgah! aku sayang korang sume.

p/s: tolong tinggalkan e-mel kalian di ruangan komen kerna aku nak add kalian semua menjadi author blog ini. tq!