Saturday, May 30, 2009

Sharing is Caring..




Staff Wakiki yang terpaksa di tarik tk beberapa hari smpena pmbukaan Giant 4 ari..



Kiosk kat corner lot n dpn kaunter pmbayarn Giant...

Kiosk baru



Kiosk simple aje...

Tuesday, May 26, 2009

ari yang memenatkan..

salam team...hope sumer sehat n biz berjalan lancar..aku kat sini alhamdulillah ok tp aku nk share pengalaman aku yg kurang best skit arini..hehehh kalo nk share laa..kalo korang nak tau smlm ari senin aku amik stok aku tk giant...aku dah susun schedule aku spanjang minggu ni..aku bajet arini aku nk setup kiosk aku kat giant..aku yg smemangnya b'semangat lebih ni bajet arin kiosk aku kat sana leh siap la..sbb aku nk susun brg2 aku esok ari rabu ptg.sbb pg aku nk antar stok pmpes aku kt kdai2..

tp malang btul laa apa yg aku harapkan x b'jln ngan lancar..aku ngan partner aku dtg pg n dh siap bwk apa yg kitorng nk arrange tk kiosk..tp ptg kul 3 grace yg uruskan psl kiosk dtg bgtau kiosk aku tuk 4 ari pembukaan giant bkn kat tmpt spatutnya sbb giant nk jual aiskrim b'peti-peti kat tmpt kiosk asal...adusss...dia ingat org t.intan ni mkn aiskrim x mkn nasi kot..hehehehe

kitorang dpt btul2 pintu org kuar pas byr kat giant..cam best je bunyi..tp yg x bestnya tapak 16x16kaki kitorang share 4 kiosk..so korang kira laa bsr mana aje aku leh niaga...tp aku sbrr..kuatkan smangat..x lama pastu pihak giant lak dtg kat kitorang berempat ni kata kiosk kitorg tu mengganggu plak sbb diorng nk bwk kaunter pmbayaran tk mudahkan org ramai byr kat luar tu nanti...eerm..mmg byk mslh laa pengurusan giant ni sbb pasaraya br nk bukak kt tmpat aku ni..last2nya si grace tu ckp kitorng leh setup kiosk esk ari rabu bg m'udahkan kerja kitorng sama..n confirmkan lik tmpat mana kitorng leh niaga kat tmpt kiosk asal atau tmpt smentara ni..
aku nk ckp bengang x laa gak..tp aku frust skit sbb yg aku rancang x b'jlan lancar..aku x sk nk wat last2 minute..nanti abg wan ckp aku ni redahhh...cam redah ujan..hehhee..tp aku aware dh td yg tmpt asal kiosk aku tu penuh ngan peti aiskrim n aku mula pk camana plak customer aku & aiskrim tu nk beli brg..sat lagi berlaga kat situ aje.
apa2 pun aku kena siapkan esk gak sbb ari kamis ni pembukaan giant n aku x kira laa kalo shop lot atau yg lain2 x siap renovate n x msk brg lg asalkan ari pmbukaan tu by crook or by hook aku nk niaga gak...hehhehe..chaio...chaio...to my beloved buddy aafif..thanx for coming..aku menunggu...

Friday, May 22, 2009

Deklarasi Muhammad MHakimi


DEKLARASI PERNIAGAAN 1:

Meningkatkan bilangan pelanggan tetap kepada 500 orang sebulan(HEALIN) dan 30 orang sebulan (AG2000) dalam masa 6 bulan (atau 31/11/09).

Countdown

May : 273

June: 249

July: xx

Ogos: xx

Sept: xx

Oct: xx

Nov: xx



DEKLARASI PERNIAGAAN 2:

Meningkatkan tahap perkhidmatan pelanggan House of Healin Kepala Batas kepada ‘Memuaskan’ pada keseluruhan dalam masa 3 bulan (atau 31/8/09).

DEKLARASI PERIBADI:

Melawat dan meluangkan masa bersama nenek di kampong Perlis dan Batu Pahat sebulan satu(1) kali sebelum 31 Ogos 2009.

Update:

May: Perlis (27may09), B.Pahat (xx)

June: Perlis (24June09), B.Pahat (2June09)

July: Perlis (xx), B.Pahat (xx)

Ogos: Perlis (xx), B.Pahat (xx)


Hidup Usahawan!

Thursday, May 21, 2009

WELCOME TO SARAWAK

Terima kasih zie, sudi nak datang sini. Boleh plan awal coz bulan Julai, Ogos & Sept agak sibuk (ada banyak pesta & bulan posa). Maybe lepas raya boleh mai. Yang lain2 kalau nak mai skali pun ok. Boleh gathering di bumi kenyalang ni. Tiket tengah murah skang ni beb KL-KCH-KL dalam RM200 je... Bab makan n minum n tempat tidoq no problem bisa di atur. Coach wan boleh datang skali...

Wednesday, May 20, 2009

Deklarasi Norazimas Yusof

Deklarasi Perniagaan

Sebelum 31 Dec 2009 ini saya akan pastikan mi kuning jenama Mee Mujahid akan sampai ke area KL n Selangor......Sopi tolong akak jadi agen boleh ek.

Deklarasi Peribadi

Sebelum 31 Dec 2009 ni saya nak bawa famili ke Sarawak dan kenalkan dengan buddy pair n her beloved husband. So Maz tunggu Zie bawak askar2 zie pi sana. Stand by penginapan dengan makanan ye. Takut cukup duit tambang je :)

So sahabat yang dikasihi semua meh kita kongsi declaration kita. Nanti kita boleh sama-sama ingatkan.

Perjumpaan dgn coach (yg x dirancang)


Add ImageBermula dengan Perjumpaan mengenai SMIDEC di KL bersama Kak Zie, Rosdi, Sopy, Aff dan Ikin. Tiba2 coach call dan alang2 dah berkumpul kami atur pertemuan di kawasan berdekatan.

bak kata Alfian kita perlu praktikan ilmu2 coaching.

Info dari Coach, terdapat 2 cara meneruskan program coaching (coach if you're reading this please correct me if i'm wrong):

Pertama, menjadi coach trainee. contact coach personally. Syaratnya telah menjadi coachee dan menepati kriteria coach to be.

Kedua, Join ECI club, contact PA naidi untuk details seperti yuran tahunan. ECI club ialah seperti group coaching kita tapi terdiri daripada ramai lagi coachee lain. ini satu lagi kumpulan sokongan usahawan.

Ketiga, ini tambahan saya semata, Bergiat aktif bersama PUNB coachee group batch 1. Group kitalah tu. Dengan mempraktikkan amalan biz coaching pada diri dan membantu group member mencapai deklarasi yang S.M.A.R.T, saya yakin kita akan berjaya (mempunyai asas perniagaan yang kukuh) dalam 2 tahun lagi.

Konsep P.L.O.C pernah diajar coach.

Control(terakhir)
(Bermula dgn satu project kita mungkin dapat memantau perniagaan secara personal, tetapi apabila mempunyai beberapa project/plan tindakan serentak kita memerlukan satu kaedah pemantauan, contohnya menggunakan kaedah monthly report, KPI, target, job spec, manual) contoh yang senang monthly report yg kita hantar tiap bulan pada PUNB, itu satu kaedah pemantauan prestasi .

Lead(ketiga)
(seperti delegate tugasan kepada orang lain, dan inspire mereka untuk menjadi penyokong berbanding pekerja, we support their passion they become our supporter, the question is whats in for them if they help us? so we need to know their passion, people find job to support their passion. If we only pay them we get a worker/pekerja but if we support their passion we get a solid supporter for our project)

Organise(kedua)
(contohnya menyusun strategi dalam bentuk Plan Tindakan mingguan, checklist untuk melancarkan pelaksanaan pelan tindakan)

Plan(pertama)
(brain storming, making plans,deklarasi SMART)

Inilah serba ringkas apa yang saya pelajari dari coach1.
Aku harap ni menjawap soalan Sopy.

Aku percaya setiap orang dari kita telah belajar sesuatu dari coach1 yang org lain tak dapat faham. kalau dikongsi mungkin beri manfaat pada yang lain.

Free POS system:
Sopy dan sesiapa yang berminat utk ada sistem Point Of Sale (POS), sistem rekod pembayaran guna komputer boleh download FREE disini:

http://proffittcenter.org/

perlu:
1.Laptop / desktop
2.barcode scanner (kalau brg ada barcode), boleh dpt kat ebay RM250 brand new.

Dgn POS kita boleh rekod setiap jualan, masa jualan, nama pembeli, jumlah stok keluar masuk, bilangan stok yg tinggal dll.

Diluar harganya RM3000 complete set. ada pro and con. tapi setakat ini it does the job well for me ;-)

Hidup Usahawan

Tuesday, May 19, 2009

HIDUP USAHAWAN

THANKS TO SOPI. BLOG INI AKAN JADI PLATFORM BAGI TEAM KITA BERINTERAKSI & SHARING. HOPE SEMUA DAPAT LUANGKAN SEDIKIT MASA. NO RIGHT NO WRONG. 5W 2H. MITOS USAHAWAN. DYAD. ISTANA PASIR. GIVER vs TAKER. dll. GUNAKAN TOOLS YANG DIBEKALKAN OLEH ABANG LONG KITA (coach WAN). HIDUP USAHAWAN!!!

Monday, May 18, 2009

(GAMBAR) Lepas makan suap2!

sumpah aku tak tau yang aku skang ni gemuk gile! dulu aku slim beb! Cis! Tunggulah, Manna Formulation akan berada di pasaran tidak lama lagi!

AUTHOR!

Salam semua!

Semua aku dah invite sebagai AUTHOR, so buatlah blog ni mcm blog korang. Jgn letak gambar porno sudah! kalo nak bagi gak, e-mel personal je. HuHuHu!

Thursday, May 14, 2009

Sms Dari Coach lagi

tengah2 aku nak pegi print poster aku, tiba2 hp aku berbunyik. kali ni hp masuk duit (hp ni akan berbunyi tiap kali ada org bg duit kat aku). Aku da nak happy dah, rupe2nya dari coach, "just let u know, satu2nya pekerja syikin baru berhenti. cabaran2."

ish! kesian plak kat kwn2 aku ni. nanti la dtg jumpa aku, kita borak2.

kepada syikin, kalo org da berenti tu, cari jelah pekerja baru. kalo tak jumpa gak, kawen, suh laki ko jaga kedai. kan senang. almas bleh je! x gitu?

Wednesday, May 13, 2009

Program Affliate

kalo korang rajin, jenguklah kat program affialiate yg aku wat utk aku, atau utk org lain. korang klik je kat link kat Laman Web kawan2 tu. Kalo nak buat duit boleh sangat coz korang tolong promote je. xpyh simpan stok. promote URL yg korang dpt nnt je.

p/s: kalo nak wat web cmtu, bleh gak kontek aku.

TQ!

SMS dari Coach Wan

tgh aku lepak2 kat kilang marah2 coz production aku lambat gila, tiba2 hpku berbunyi menandakan ada SMS masuk. aku baca dlm hati:

"Aslkm team, ROSDI {0172197987} sdg m'lalui cabaran. kTr tiketnya dipecah masuk & hilang duit pusingan. Pls support his emotions. HIDUP USAHAWAN..!! Tq coach Wan."

dpt je aku terus msg rosdi dan dia reply. so, sesape yang belum kol @ sms @ e-emel @ tulis surat dan hantar pakai pos laju, elok2 la wat segera. arini kwn kita kena, besok kalo kita kena, manalah tau. x gitu?

untuk rosdi, pepehal ko calling aku, kg aku ada bomoh fotostet, dia bleh fotostet bagi kuar muka pencuri gua ckp lu...

Tuesday, May 12, 2009

Untuk kawan2!

tq pada sesiapa yang msg aku. aku bukan xnak reply tapi aku punye hp kena potong. bill xbyr. siot betul! tu yg kena guna hp opis.

ini berkenaan meeting dgn aku pasal SMIDEC tu, hope korang bleh set kan masa yang korang free. tp kalo bleh hari kerja coz ari cuti, partner aku mmg x free. so dia ckp kat aku, kalo nak berjaya, kenalah berkorban sket. bkn utk sape, utk bisnes kita juga. Jadi, aku hanya sampaikan ape yang dia ckp.

so, utk korang yang betul2 nak aku tolong, tolong tulis bila korang nak jumpe aku n partner diruangan komen.

tq!

Selamat Datang Kawan2 ku!

aku buat blog ini untuk korang semua! ini kira benda paling mudah boleh aku buat. kita boleh borak2 kat sini, boleh kongsi2 idea, boleh mintak pendapat sesape, buatlah apa saja, blog ini memang utk korang sume. mungkin blog ini kecil, tapi besar fungsinya untuk kita.
jadi tolong sampaikan psl weblog ini pada semua!

terima kasih kerna sudi singgah! aku sayang korang sume.

p/s: tolong tinggalkan e-mel kalian di ruangan komen kerna aku nak add kalian semua menjadi author blog ini. tq!