Sunday, August 30, 2009

SELAMAT BERPUASA KAWAN-KAWAN DAN COACH 1

Assalamualaikum wrbt.

Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak saya dan isteri ingin mengucapkan Selamat Berpuasa. Semoga sepanjang bulan puasa ini Tuhan menambahkan lagi rezeki kita.

Terima kasih kepada teman-teman yang sudi sms mengucapkan selamat berpuasa.

Hidup Usahawan !!!

Wednesday, August 19, 2009

Touch of Blessing Ramadan


Istiqomah


Kunci Kejayaan

Aku suka share motivasi yang aku dpt ni ngan korang smua.Sbb aku pun terasa bahang ekonomi skarg.

Kadang-kala, di dalam perjalanan hidup yang berliku mengejar cita-cita, ada sahaja halangan dan dugaan yang mendatang. Diri mula terasa lemah, jiwa mula terasa gelisah, hati tidak tenang, fikiran menjadi tidak tentu arah. Namun, itu semua harus dilalui, kerana matlamat akhir, iaitu kejayaan yang ingin dimiliki.
Diri ditarbiah, dimotivasikan untuk mendapatkan kembali semangat baru untuk bergerak maju ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Kegagalan silam dijadikan kunci kejayaan yang mendatang. Tetapi, mampukah semangat ini terus dinyalakan di dalam diri? Agar tidak padam seperti dahulu tatkala diri ditimpa dugaan sekali lagi.
Ingatlah, jangan sesekali berputus asa. Jangan sesekali mensabotaj diri sendiri dengan mengatakan bahawa diri tidak mampu mengharungi dugaan-dugaan itu. Ingatlah, Allah S.W.T. tidak menurunkan sesuatu dugaan itu kepada hamba-hambanya jika hamba-hambanya tidak mampu menghadapinya. Antara salah satu kaedah atau tindakan yang boleh diambil untuk terus menyemarakkan api perjuangan di dalam diri adalah, dengan menjadi seorang insan yang istiqamah. “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan Tuhan kami adalah Allah, kemudian,mereka tetap istiqamah, maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tiada (pula) berduka cita.” ( Surah Al-Ahqaaf: 13)
Latih diri dalam menjadi seorang yang insan yang istiqamah dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan. Kenali diri, sayangi diri, dan letakkan matlamat jangka panjang;

1) Menjaga hubungan dengan Allah S.W.T
2) Masukkan matlamat di dalam doa
3) Mulakanlah pekerjaan dengan berdoa
4) Berterusan dalam mencari ilmu
5) Amalkanlah perkara-perkara yang dapat menarik hidayah Allah S.W.T
6) Kenali diri
7) Menolong insan lain untuk berjaya
8) Iklankan matlamat

Allah sayang akan hamba-hambanya yang istiqamah di dalam pekerjaan. Janganlah berputus asa dengan rahmat Allah.