Sunday, September 27, 2009

assalamualaikum!

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

memang allah sengaja...

Saturday, September 26, 2009

Seronok Beraya Kat Kampung

  1. Lepas aje solat raya kat surau Padang Tembak kampar,  balik jumpa mak mertua kat kampung air hitam labu, lepas aje beraya dengan mak mertua kami terus balik Kedah.....memang seronok beraya kat kedah almaklumlah adik beradik semua balik kampung,sedaq-sedaq 6 hari juga lah, macam-macam program kami buat, cari ikan kat bendang tengah orang mengala, memang banyak sungguh ikan kat kg kampung mak sedara kat kotdiang tuu, lepas tu bakar ikan, lepas tu pergi beraya kat umah adik beradik sebelah ayah dan sebelah mak,keluaq bagi balik malam...tak rasa letih langsung....memang seronok...seronok-seronok pun puasa 6 jangan lupa lee..Disini kami sekeluarga sekali lagi nak ucapkan selamat HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN buat semua sahabat-sahabat semua, Dan selamat menjalani ibadah puasa 6. Drpd : Anuar, Norazimas, Mujahid, Nurul Iman, Nurul Jannah & Yg bakal lahir bulan 2 thn dpn ( Mohd Fathi Yakan ).

Wednesday, September 23, 2009

Response Dari Coach 1 utk Zie & Team

Salam Zie...Saya ada terima beberapa SMS yang lalu dan dah reply. Terima tak? Nak double check coz takde response kembali lepas tu.. risau i dah salah anta sms tu..Saya kagum dengan kekuatan semangat keusahawanan zie. Kekuatan mental dalam tetap fokus. Ketabahan hati dalam menerima ujian getir ini. Ingat lagi tak kata2 " Keusahawanan sebenar teruji di bawah tekanan".. and saya rasa zie telah memahami dan menghayati prinsip ini..

Bagi Team yang lain.. support anda amat diperlukan masa ini untuk menyokong zie.. bagi zie, ini masa terbaik untuk terus sharing dan mengizinkan team bersama menyokong.. teruskan beri keizinan sebagaimana zie buat sekarang. Tahniah coz zie tidak menjadikan situasi zie sebagai "mangsa" keadaan. Sebaliknya terus berhadapan dengan cabaran dan berhadapan dengan PUNB walau dalam suasana tidak sihat secara fizikal.

Walau bagaimanapun, pls jaga cek yang dikeluarkan agar tidak lagi bounce.. sebaik 3x returned cek dlm 1 tahun, akaun semasa ditutup dan blacklisted Bank Negara utk 1 tahun.. cadangan saya adalah x issue cek bank tersebut lagi,cxl semua cek yang telah diisue, tukarkan cek tersebut dengan cek akaun baru dan segera buka akaun di bank lain agar tak bounce kali ke-3.kalau buka di bank baru, masih ada 3 x lagi. (Cadangan je..)Zie, pls teruskan semangat positif begini and keep me updated of your situation.

Peringatan kepada Team: Jangan anggap coaching dah tamat..sebaliknya 6 bulan bersama baru satu permulaan... I am always there for you if you all need me.. HIDUP USAHAWAN!!!

Makluman utk Team: No HP baru saya: 019-2220652No lama masih aktif tapi dh jd spare je.. pls UPDATE k.

"SELAMAT HARI RAYA, Maaf Zahir Batin"

Thursday, September 17, 2009

Ceh!! Gambo Mr. Bin

Kin

Kalau nak bagi duit raye bagi le gambo agung. Gambo Mr bean tak laku dik oi. Kat sini saya nak share dengan semua pengalaman saya dalam menangani krisis sale yang jatuh mcm jatuh dari banggunan dia punya speed.
Semenjak saya sakit dan tak dapat nak memantau bis akibatnya sale jatuh dan saya tak mampu bayar loan. Saya lambat bagitau officer mengakibatkan 2 cek tendang. Dalam merangkak dan mengesot ( memang tak boleh nak bangun ) dalam lebih kurang 3 bulan saya manage utk draft emel n minta my hubby emel officer. Almaklum semua kat rumah tu dah potong. Nasib baik letrik je tak potong. Nak jimat punya pasal n nak jaga jgn sampai bis tutup. Alhamdulillah 3 jam lps tu officer terus call dan saya story apa yang dah jadi. Memula officer mcm tak caye. Berpeluh le ketiak nak xplen kenapa bis jadi mcm tu.
Lepas tu dia yang suggest kita buat restructured. Tapi syaratnye saya kene ke punb mengadap Pn Norshear. Saya cakap takut tak sampai je kat punb sbb saya tak leh jln jauh cepat nak pitam. Diaorg bagi saya masa lagi. Masuk preagnancy saya dah 4 bulan kesihatan dah maikn ok. So gagah pergi juge ke Punb nak setelkan bab ni.
Saya selalu ingat mcm mana coach bole handle prob dia waktu dah nak bankrupt. Inikan saya yang bukannya bankrap lg. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah mengadap Pn Norshear dgn Pn Rohana bukannya cerita bab nak rescheduled tapi cerita bab org mengandung pulak. Dan skrg saya dan planning nak buat mcm mana dgn bis sy. Saya berpegang pada janji Allah Dia uji pada orang yang tahan pada ujianNya.
Yang syoknya lagi dapat rescheduled loan lagi jatuh nampaknya sale kali ni. Sabar dan kene ambik action immediately la ni.
So disini saya nak nasihat pada semua jika ada masalah yang rasanya mcm balak jatuh menimpa bertenang dan insyaAllah jalan penyelesaian memang ada. Sebelum ni saya memang tak tahu Punb boleh bagi kemudahan mcm ni. Bila saya kesana rupanya saya bukanlah diantara orang yang banyak tersangkut bayaran loan ade yang sampai setahun tak bayar pun ade. Dah lah sangkut sampai setahun pastu mai nak jumpa commitee utk tambah loan lagi. Makna kata masih ada peluang lagi la.
Saya juge berharap agar blog kita ini akan ceria balik kerana kita sebenarnya saling memerlukan dan kita boleh saling membantu walau hanya dgn moral support. Itu lebih berkuasa dari financial support. Ingat kembali malam yang semua pakat teriak tak berenti tu waktu tu kita semua dah mcm kembar. Cubit paha kiri paha kanan terasa. So saya harap kita dapat saling membantu dan sharing dalam blog yang dah dibuat oleh tuan punya alam maya ni. Kesian kat sopy.

p/s sopy akak akan ke mardi lepas raye ni so harapnya go global akan bantu balik bab urusan dgn smidec tu.

Selamat Hari Raya..nak bg duit raya ni..


SalamAidilfitri '09Salam dihulur maaf kupohon buat semua rakan2..
Disini, ku ingin mengucapkanSelamat Hari Raya dan juga ingin meminta maaf sekiranya ada:


TERkasar bahasa,
TERsilap bicara,
TERmarah yang tak kena,
TERtanya tak tentu hala,
TERsasul yang tak sengaja,
TERpukul kat mana-mana,
TERpekik di telinga,
TERhantuk di kepala,
TERpinjam harta benda,
TERmoody tak semena-semena,
TERumpat bila-bila,
TERusik yg sengaja,dan segala macam 'TER' lagiMaaf Zahir & Batin! ^_^

WaLAu LaNgkAH TaK BeRTeMu,
TaNgaN TaK BeRJaBaT,
UcaP TaK TeRDeNgaR,
MaTA TaK BeRTeNTaNG...MoHoN MaAF sEGaLa KekHiLaFaN =
KeRaNA aDa TiKaNyAMaTa SiLaP MeMaNdANg,
TeLiNGa SaLaH MeNdeNgaR,
LiDaH TeRLaNjuR BeRkATa-KatA & HaTITeRsaLaH MeNDuGa.SALAM AIDILFITRI MINAL AIDIL WALFAIZIN..

Kata Al-Ghazali :yang jauh itu WAKTU,
yang dekat itu MATI,
yang besar itu NAFSU,
yang berat itu AMANAH,
yang mudah itu BERBUAT DOSA,
yang panjang itu AMAL SOLEH
yang indah itu SALING MEMAAFKAN”Salam aidilfitri maaf zahir dan batin”.

Katak kenyang lalu tertidur,Gajah pitam lantas terjatuh,Andai tak sampai tangan menghulur,Ku pohon keampunan dari jauh.Raya tahun ni REZEKI melimpah2..jadi terima lah duit raya dari ku..Jangn membazir lak..cukup rasanya sampai raya tahun depan ni..heheheee..

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Menyambut Aidilfitri

Assalamualaikum

Semuanya letih posa dan bz dengan bisnes. Disini saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri yang bakal menjelma. Kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepa