Thursday, January 7, 2010

Deklarasi 2010...


















Apakah azam sahabat-sahabat sekelian pada tahun ini?

Apa yang boleh saya BANTU untuk merealisasikan azam kalian?

Saya dengan ikhlas hati sudi menawarkan diri sedaya yang mampu untuk mambantu kalian merealisasikan matlamat dan azam kalian pada tahun baru ini akan tetapi diatas keIzinan yang kalian berikan. Dengan itu marilah kita bersama-sama membuat deklarasi agar kita boleh bersama-sama secara synergy menjayakan azam dan matlamat kita. Kalian bolehlah letakkan azam kalian pada ruangan blog ini.

Deklarasi Hafizi :
Saya Mohammad Hafizi b Mohd Radzi berikrar untuk membeli kereta Exora 1.6 Auto H-Line berwarna coklat gelap berharga 69,900 dengan downpaymennya bernilai Rm5000 dan bulanannya sebanyak 850sebulan pada akhir bulan Jun 2010.

Apa deklarasi kalian? Boleh kongsi?
Ps: Atas keizinan..
Pss: Ingat lagi tak ketika kita di PD? Ingat lagi tak pada deklarasi yang telah kita lontarkan pada malam terakhir program tersebut? Inilah masa yang sesuai untuk kita kotakan apa yang telah kita deklare pada malam tersebut..

Yang Ikhlas membantu
Fizzi
Always to be a Giver..

Saturday, January 2, 2010

1431 Hijrah vs 2010 Masihi... Apa Beza?


Sambutan tahun baru sudah menjadi satu agenda didalam kalendar sebagai satu hari untuk dirayakan. Pastinya pada malam tanggal tibanya detik tahun baru akan dipenuhi dengan agenda-agenda hiburan dan acara-acara keraian yang sebenarnya berpaksikan kepada budaya barat. Suasana yang gilang gemilang yang dipenuhi dengan pelbagai golongan manusia hadir menantikan detik tepat 12 tengah malam bagi merayakan sambutan tahun baru. Maka berteriaklah golongan ini dengan hiruk pikuknya mengira detik-detik countdown menantikan...(more)

ps: Tahniah kepada Afif kerana dapat baby girl..
ikhlas..
Fizzi

Friday, January 1, 2010

3 kesilapan dlm melabur

Jika ditanya pada agent Unit Amanah.. bila masa yang sesuai untuk melabur.. mereka akan kata.. SEKARANG!
Jika ditanya pada broker Saham… bila masa yang sesuai unutuk melabur.. mereka akan kata.. SEKARANG!
Jika ditanya pada agent Hartanah… bila masa yang sesuai untuk melabur… mereka akan kata.. SEKARANG!
Hatta.. jika ditanya pda penganjur skim cepat kaya pun.. mereka akan kata.. SEKARANG lah masa yang sesuai untuk melabur.

Faktor utama yang perlu dilihat sebelum seseorang itu membuat pelaburan, ialah.. situasi kewangan semasa mereka.

3 kesalahan yang sering dilakukan oleh orang ramai dalam pelaburan…
No #1. Mengabaikan risiko kerugian
Macam yang saya tulis diatas.. apabila sebut pasal pelaburan.. ia pasti akan ada “Untung” dan “Rugi”.. jadi perlu bersedia menghadapi kedua-dua situasi tersebut, dan bukannya hanya melihat pada satu sisi sahaja. Perlu juga fikirkan tentang kerugian yang mungkin akan dialami.

No # 2. Meminjam wang untuk melabur..
Jika anda tidak ada duit, ikhlas lah pada diri mengatakan “anda tidak ada duit pada waktu ini dan ini bukanlah masa yang sesuai untuk anda melabur”. Melaburlah apabila anda sudah mempunyai wang lebihan. Wang lebihan yang saya maksudkan disini, ialah, wang yang sudah anda “tidak berapa perlukan”… diulangi.. “tidak berapa perlukan” bukannya “tidak gunakan”.

No #3. Kurang ilmu , hanya dengar-dengar dan ikut.
Perkara ini selalu tekankan, tidak kiralah sama ada kita ingin mula melabur atau mula berniaga. Perkara pertama yang perlu kita ada adalah ilmu. Macam mana nak dapatkan ilmu? Senang je.. banyakkan membaca dan bergaul dengan mereka yang pakar. untuk kita mengetahui sesuatu perkara/topik itu, secara “purata”.. kita hanya perlu baca 2 buku mengenainya. Bergantung kepada “info dalam buku” tersebut dan juga “tahap kefahaman” anda.
Ringkasnya.. kalau nak menceburi sesuatu bidang baru.. baca 2 buku dulu mengenainya. Kemudian mula buat… selepas dah buat.. baca lagi buku (yg ke-3).. kemudian improve skill.. kemudian, baca lagi buku lain (yg ke-4).. improve lagi skill yang ada dan begitulah seterusnya sampai bila-bila

Bagaimana menghadapi kegawatan ekonomi...share

tips bagaimana anda boleh bertahan dan bersedia bagi menghadapi waktu-waktu sukar akibat kegawatan ekonomi ini.

1) Lindungi & Kukuhkan Punca Pendapatan Anda
Bagi mereka yang bekerja makan gaji, inilah masanya untuk anda meningkatkan pagi prestasi kerja anda dengan cara melebihkan sedikit awktu bekerja, bekerja dengan lebih tekun, serta meningkatkan lagi kemahiran-kemahiran anda. Jika anda seorang pekerja yang cemerlang, tiada sebab untuk pihak syarikat memberhentikan anda (kecuali kalau syarikat tersebut memang gulung tikar la). Ini kerana, anda adalah “aset” kepada syarikat.. memberhentikan anda adalah bermakna, mengurangkan “keuntungan” kepada syarikat.
Bagi mereka yang berniaga/bekerja sendiri, inilah masa untuk anda meningkatkan kualiti perkhidmatan/produk perniagaan anda. “Loyalti programme” seperti mewujudkan kad keahlian mungkin sesuai pada waktu begini.

2) Bersedia untuk diberhentikan / hilang punca pendapatan
Walaupun anda sudah bekerja keras untuk memastikan anda adalah aset bagi tempat anda bekerja, namun kadangkala, sesetengah perkara sudah ditakdirkan dan akan berlaku. Jadi, sebelum perkara yang tidak anda ingini itu berlaku, anda perlulah bersiap sedia, orang kata, “Jangkakan perkara yang tidak dijangka” . Mungkin, pada waktu ini anda boleh mencari semula dan mengemaskini fail-fail resume anda di samping mengenalpasti “lubuk-lubuk” pekerjaan yang baru.
Bagi mereka yang berniaga sendiri, inilah masa yang sesuai untuk anda menambahkan lagi kenalan & network perniagaan anda. Kerapkan diri untuk hadir ke majlis-majlis yang berkaitan perniagaan. Manalah tahu, mungkin anda akan menjumpai “peluang-peluang” serta “idea-idea” perniagaan yang baru disini.

3) Tambahkan Punca Pendapatan Anda
Banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk menambahkan punca pendapatan anda. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah, mengorbankan sedikit masa anda berada di hadapan televisyen. Ramai orang yang memberikan alasan dan berkata.. ” Saya bukannya tak mahu buat.. cuma takde masa?”. Zaman sudah berubah, dunia dah maju, kini, sudah ada banyak peluang-peluang menjana pendapatan sampingan yang tidak memerlukan anda menghabiskan banyak masa. Antaranya adalah seperti menyertai program affiliate, berniaga di ebay, menjadi penulis bebas ataupun menjual ebook di internet.
Untuk lebih baik lagi, seelok-eloknya, pastikan punca pendapatan tambahan anda itu, adalah sesuatu yang “passive”.

4) Kurangkan Perbelanjaan Anda
Saya rasa, perkara ini tidak perlu saya ulas lanjut, sudah pastinya anda semua sudah sedia maklum. Setiap kali menghadapi masalah kewangan, perkara pertama yang perlu kita lakukan, ialah mengurangkan perbelanjaan kita. Semak semula perkara-perkara yang perlu kita bayar secara bulanan, adakah ia boleh dihapuskan atau dikurangkan.

5) Semak Hutang Pinjaman Rumah Anda
Semalam, bank negara baru sahaja mengumumkan penurunan kadar OPR, dan perkara ini akan mempengaruhi penurunan BLR. Jadi, semak pinjaman rumah anda, adakah bank anda turut menurunkan kadar BLR mereka? Jika tidak.. mungkin inilah masanya untuk anda membuat survey “pakej-pakej” refinance yang disediakan oleh bank lain yang mampu menawarkan kadar faedah yang terendah.
Selepas berjaya membuat refinance, duit lebih yang diterima hasil refinance tersebut mungkin boleh digunakan untuk melangsaikan hutang-hutang anda yang lain (kad kredit. Jangan sesekali gunakan duit tersebut untuk menambah liabiliti seperti membeli kerata baru, penghawa dingin baru ataupun perabot baru.

6) Mulakan Pelaburan
Ini pula adalah amat sesuai bagi mereka yang “berkemampuan” dan mempunyai duit lebih. Pada waktu kegawatan seperti ini, saham-saham mewah serta saham-saham amanah sangat murah, kadar faedah pinjaman untuk membeli rumah juga menjadi rendah. Jadi, inilah masanya untuk anda menambah kekayaan anda.

Itulah antara beberapa perkara yang boleh anda lakukan bagi bertahan di dalam situasi kegawatan ekonomi ini. Semoga entri kali ini memberikan anda sedikit manfaat dan kekuatan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang ini.

Gawat ni...

just nak share article yg sy dpt...
Jika kita melihat kepada graf tersebut, ekonomi Malaysia pasti akan mengalami kejatuhan bukan sahaja pada selang yang hampir sekata, iaitu setiap 10 tahun, bahkan juga mengikut nilai kejatuhan yang seragam. Dengan melihat kepada graf ini juga, justeru intuisi saya meramalkan bahawa tren tersebut akan berulang seperti yang berikut:1967 - kejatuhan pertama setelah 1963 (Malaysia terbentuk)
1974-1975 - akibat krisis harga minyak dunia
1985-1986 - akibat kejatuhan harga komoditi; dan
1997-1998 - akibat krisi kewangan di Asia2009-2013 - akibat krisis politik dalam negeri; dan
2020-2024 - akibat krisis sumber manusiaSaya juga meramalkan bahawa krisis ekonomi pada

2009--2013 adalah lebih gawat berbanding keadaan 1997-1998, mungkin mencatatkan sehingga ke paras -10% dan lebih teruk lagi pada tahun 2020-2024 itu yang berkemungkinan akan mencatatkan 16% di bawah sifar.

Friday, December 25, 2009

Azam tahun baru.. bagaimana kita set minda kita?


Salam sahabatku...

Azam tahun baru hijrah dan masihi yang akan datang.. macam mana kita set minda kita untuk menjadi lebih baik ataupun sebaliknya pada tahun yang akan datang ni.. dan bagaimana minda yang kita set itu boleh mempengaruhi kita dalam urusan perniagaan, kehidupan kita.. try check it out dalam artikel ini : Minda Kaya Vs Minda Miskin and give some comment dalamnya.. Moga kita akan lebih produktif dalam masa akan datang.. InsyaAllah..

banyak lagi yang nak saya share dengan sahabat sekelian di http://mohdhafizi.com


Video Santai.. sambil menghayatinya..

Thursday, December 24, 2009

cabaran

Hai semua,

Tak tau nak mula kat mana. Cabaran dtg tanpa diduga (atau aku tak fikir cukup jauh).
Aku baru ni dah habis banyak duit utk kedai baru. Tapi cuma dulukan duit sendiri sebelum dpt loan PUNB dan loan bank. Tapi walaupun dua2 loan dah lulus depa tak dpt disburse lagi pasal masalah teknikal, documents. Aku baget minggu lepas dpt, mungkin 2 minggu lagi baru disburse. Supplier pon x mau bagi produk lagi selagi tak settle htg. So 2 minggu akan datang ni akan mencabar kreativiti keusahawanan aku. I wish I had RM3k untuk guna 2 minggu ni (jalan mudah). so inilah sharing aku buat masa ni.

Tapi berita baik, sabtu ni 30 ribu flyer kedai akan diedar kawasan sekitar. dari past history kedai satu lagi dulu edar 6ribu flyer, sale masa opening RM1500. So mungkin sale lebih skit kat kedai baru kali ni dgn 30 ribu flyer. masalahnya kalau permintaan tinggi stok mungkin x leh tahan untuk 2 minggu kalau supplier x nak bagi brg ( hmmm tapi mungkin ada jln blakang, bleh difikirkan).
Contoh flyer sabtu ni.


3 minggu lepas... kami try masuk iklan kat Utusan, hmmm respondant cuma sorang. belanja RM1700, x berbaloi. Mungkin sebab design x cukup ummph so reader x notice. so next time maybe try newspaper write up plak, blom coba blom tau. contoh iklan kat utusan:


K it feel good sharing again. SUCCESS TO ALL!