Showing posts with label ekyns crystal. Show all posts
Showing posts with label ekyns crystal. Show all posts

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya..nak bg duit raya ni..


SalamAidilfitri '09Salam dihulur maaf kupohon buat semua rakan2..
Disini, ku ingin mengucapkanSelamat Hari Raya dan juga ingin meminta maaf sekiranya ada:


TERkasar bahasa,
TERsilap bicara,
TERmarah yang tak kena,
TERtanya tak tentu hala,
TERsasul yang tak sengaja,
TERpukul kat mana-mana,
TERpekik di telinga,
TERhantuk di kepala,
TERpinjam harta benda,
TERmoody tak semena-semena,
TERumpat bila-bila,
TERusik yg sengaja,dan segala macam 'TER' lagiMaaf Zahir & Batin! ^_^

WaLAu LaNgkAH TaK BeRTeMu,
TaNgaN TaK BeRJaBaT,
UcaP TaK TeRDeNgaR,
MaTA TaK BeRTeNTaNG...MoHoN MaAF sEGaLa KekHiLaFaN =
KeRaNA aDa TiKaNyAMaTa SiLaP MeMaNdANg,
TeLiNGa SaLaH MeNdeNgaR,
LiDaH TeRLaNjuR BeRkATa-KatA & HaTITeRsaLaH MeNDuGa.SALAM AIDILFITRI MINAL AIDIL WALFAIZIN..

Kata Al-Ghazali :yang jauh itu WAKTU,
yang dekat itu MATI,
yang besar itu NAFSU,
yang berat itu AMANAH,
yang mudah itu BERBUAT DOSA,
yang panjang itu AMAL SOLEH
yang indah itu SALING MEMAAFKAN”Salam aidilfitri maaf zahir dan batin”.

Katak kenyang lalu tertidur,Gajah pitam lantas terjatuh,Andai tak sampai tangan menghulur,Ku pohon keampunan dari jauh.Raya tahun ni REZEKI melimpah2..jadi terima lah duit raya dari ku..Jangn membazir lak..cukup rasanya sampai raya tahun depan ni..heheheee..

Wednesday, August 19, 2009

Istiqomah


Kunci Kejayaan

Aku suka share motivasi yang aku dpt ni ngan korang smua.Sbb aku pun terasa bahang ekonomi skarg.

Kadang-kala, di dalam perjalanan hidup yang berliku mengejar cita-cita, ada sahaja halangan dan dugaan yang mendatang. Diri mula terasa lemah, jiwa mula terasa gelisah, hati tidak tenang, fikiran menjadi tidak tentu arah. Namun, itu semua harus dilalui, kerana matlamat akhir, iaitu kejayaan yang ingin dimiliki.
Diri ditarbiah, dimotivasikan untuk mendapatkan kembali semangat baru untuk bergerak maju ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Kegagalan silam dijadikan kunci kejayaan yang mendatang. Tetapi, mampukah semangat ini terus dinyalakan di dalam diri? Agar tidak padam seperti dahulu tatkala diri ditimpa dugaan sekali lagi.
Ingatlah, jangan sesekali berputus asa. Jangan sesekali mensabotaj diri sendiri dengan mengatakan bahawa diri tidak mampu mengharungi dugaan-dugaan itu. Ingatlah, Allah S.W.T. tidak menurunkan sesuatu dugaan itu kepada hamba-hambanya jika hamba-hambanya tidak mampu menghadapinya. Antara salah satu kaedah atau tindakan yang boleh diambil untuk terus menyemarakkan api perjuangan di dalam diri adalah, dengan menjadi seorang insan yang istiqamah. “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan Tuhan kami adalah Allah, kemudian,mereka tetap istiqamah, maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tiada (pula) berduka cita.” ( Surah Al-Ahqaaf: 13)
Latih diri dalam menjadi seorang yang insan yang istiqamah dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan. Kenali diri, sayangi diri, dan letakkan matlamat jangka panjang;

1) Menjaga hubungan dengan Allah S.W.T
2) Masukkan matlamat di dalam doa
3) Mulakanlah pekerjaan dengan berdoa
4) Berterusan dalam mencari ilmu
5) Amalkanlah perkara-perkara yang dapat menarik hidayah Allah S.W.T
6) Kenali diri
7) Menolong insan lain untuk berjaya
8) Iklankan matlamat

Allah sayang akan hamba-hambanya yang istiqamah di dalam pekerjaan. Janganlah berputus asa dengan rahmat Allah.

Saturday, May 30, 2009

Sharing is Caring..




Staff Wakiki yang terpaksa di tarik tk beberapa hari smpena pmbukaan Giant 4 ari..



Kiosk kat corner lot n dpn kaunter pmbayarn Giant...

Kiosk baru



Kiosk simple aje...