Thursday, September 17, 2009

Ceh!! Gambo Mr. Bin

Kin

Kalau nak bagi duit raye bagi le gambo agung. Gambo Mr bean tak laku dik oi. Kat sini saya nak share dengan semua pengalaman saya dalam menangani krisis sale yang jatuh mcm jatuh dari banggunan dia punya speed.
Semenjak saya sakit dan tak dapat nak memantau bis akibatnya sale jatuh dan saya tak mampu bayar loan. Saya lambat bagitau officer mengakibatkan 2 cek tendang. Dalam merangkak dan mengesot ( memang tak boleh nak bangun ) dalam lebih kurang 3 bulan saya manage utk draft emel n minta my hubby emel officer. Almaklum semua kat rumah tu dah potong. Nasib baik letrik je tak potong. Nak jimat punya pasal n nak jaga jgn sampai bis tutup. Alhamdulillah 3 jam lps tu officer terus call dan saya story apa yang dah jadi. Memula officer mcm tak caye. Berpeluh le ketiak nak xplen kenapa bis jadi mcm tu.
Lepas tu dia yang suggest kita buat restructured. Tapi syaratnye saya kene ke punb mengadap Pn Norshear. Saya cakap takut tak sampai je kat punb sbb saya tak leh jln jauh cepat nak pitam. Diaorg bagi saya masa lagi. Masuk preagnancy saya dah 4 bulan kesihatan dah maikn ok. So gagah pergi juge ke Punb nak setelkan bab ni.
Saya selalu ingat mcm mana coach bole handle prob dia waktu dah nak bankrupt. Inikan saya yang bukannya bankrap lg. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah mengadap Pn Norshear dgn Pn Rohana bukannya cerita bab nak rescheduled tapi cerita bab org mengandung pulak. Dan skrg saya dan planning nak buat mcm mana dgn bis sy. Saya berpegang pada janji Allah Dia uji pada orang yang tahan pada ujianNya.
Yang syoknya lagi dapat rescheduled loan lagi jatuh nampaknya sale kali ni. Sabar dan kene ambik action immediately la ni.
So disini saya nak nasihat pada semua jika ada masalah yang rasanya mcm balak jatuh menimpa bertenang dan insyaAllah jalan penyelesaian memang ada. Sebelum ni saya memang tak tahu Punb boleh bagi kemudahan mcm ni. Bila saya kesana rupanya saya bukanlah diantara orang yang banyak tersangkut bayaran loan ade yang sampai setahun tak bayar pun ade. Dah lah sangkut sampai setahun pastu mai nak jumpa commitee utk tambah loan lagi. Makna kata masih ada peluang lagi la.
Saya juge berharap agar blog kita ini akan ceria balik kerana kita sebenarnya saling memerlukan dan kita boleh saling membantu walau hanya dgn moral support. Itu lebih berkuasa dari financial support. Ingat kembali malam yang semua pakat teriak tak berenti tu waktu tu kita semua dah mcm kembar. Cubit paha kiri paha kanan terasa. So saya harap kita dapat saling membantu dan sharing dalam blog yang dah dibuat oleh tuan punya alam maya ni. Kesian kat sopy.

p/s sopy akak akan ke mardi lepas raye ni so harapnya go global akan bantu balik bab urusan dgn smidec tu.

1 comment:

  1. Salam Zie...
    Saya ada terima beberapa SMS yang lalu dan dah reply. Terima tak? Nak double check coz takde response kembali lepas tu.. risau i dah salah anta sms tu..
    Saya kagum dengan kekuatan semangat keusahawanan zie. Kekuatan mental dalam tetap fokus. Ketabahan hati dalam menerima ujian getir ini. Ingat lagi tak kata2 " Keusahawanan sebenar teruji di bawah tekanan".. and saya rasa zie telah memahami dan menghayati prinsip ini.. Bagi Team yang lain.. support anda amat diperlukan masa ini untuk menyokong zie.. bagi zie, ini masa terbaik untuk terus sharing dan mengizinkan team bersama menyokong.. teruskan beri keizinan sebagaimana zie buat sekarang. Tahniah coz zie tidak menjadikan situasi zie sebagai "mangsa" keadaan. Sebaliknya terus berhadapan dengan cabaran dan berhadapan dengan PUNB walau dalam suasana tidak sihat secara fizikal. Walau bagaimanapun, pls jaga cek yang dikeluarkan agar tidak lagi bounce.. sebaik 3x returned cek dlm 1 tahun, akaun semasa ditutup dan blacklisted Bank Negara utk 1 tahun.. cadangan saya adalah x issue cek bank tersebut lagi,cxl semua cek yang telah diisue, tukarkan cek tersebut dengan cek akaun baru dan segera buka akaun di bank lain agar tak bounce kali ke-3.kalau buka di bank baru, masih ada 3 x lagi. (Cadangan je..)

    Zie, pls teruskan semangat positif begini and keep me updated of your situation. Jangan anggap coaching dah tamat..sebaliknya 6 bulan hari tu baru satu permulaan... I am always there for you if you need me.. HIDUP USAHAWAN!!!

    Makluman utk Team: No HP baru saya: 019-2220652
    No lama masih aktif tapi dh jd spare je.. pls UPDATE k..

    "SELAMAT HARI RAYA, Maaf Zahir Batin"

    ReplyDelete