Tuesday, June 29, 2010

di sini tempat mula kita menakluk dunia

o.k, lagi satu gua nak cakap.

gua akan bukak kedai baru kat ss15, subang jaya, shah alam.

sape nak sewa ruang niaga ngan gua, amat digalakkan.

kalo tak tau barang ape nak jual, gua bleh tolong carikan barang2 dari bandung indonesia. barang yang sesuai kat sini adalah barang2 youth!

so, dengan modal bawah rm5000, gua boleh tolong kawan2 ada ruang dan label pakaian sendiri.

sape2 berminat, kol gua.



uya!

saya sayang dr.rozmey

pergh! lama tul tak masuk sini.

skang ni gua tengah bz pasal masa sekarang dan juga masa depan.

cukup kot gambar di bawah menceritakan segalanya.



o.k, pasni nak wat film "alam dan manusia" pulak!

keh keh keh!

Thursday, April 22, 2010

My Online Shop

Jom klik n support web sy,ok...
http://ekindecollection.blogspot.com

Saturday, April 3, 2010

Memperkenalkan insan baru dlm dunia yang penuh mencabar ini.

Nama Keturunan : Muhammad Syahid B. Anuar B. Morat B. Awang Itam  B. Ahmad

Tarikh Lahir : 5 Safar 1431 H

Berat Lahir : 2.7 kg .....la ni dah 4 kg

Umur : 2 bulan 14 hari

Monday, March 22, 2010

sweet memory 15.2.10


Salam semua kawan-kawan...terima kasih kepada semua yang turut hadir masa majlis perkahwinan saya kat bukit mahkota ritu...


Perkembangan terkini kin skrang duk kat tmn desa stapak sek 2 w.maju...wat masa ni surirumah spenuh masa lak rasanya sbb biz kat perak tiap 2 minggu lik tgk kdai...nak wat biz kat k.l modal x cukup lg. tp smangat biz still ada, kin guna agent n runner2 tuk bwk brg2 spt aksesori, tudung, kerongsang jual kat opis2 diorang...so tapak niaga kat umah aje laa...


bila stay kat k.l ni ati jg b'belah bahagi lak samada trus niaga atau kja..uwaa...dilemma pun ada...yerlaa tmpt br n x biase lg..ermmm.........kalo ikut punb aritu, pn rafina dh ckp kes kin yg dh jauh dr biz kiranya diorg x amik tau la...kira cam kin dh x komitment ngan biz..leh je x yh amik servis consult dr diorg kira byr settlement je bln2...


tp t laa kin pk kan..ok?huhuuh tangguh pk lg...

Wednesday, March 3, 2010

7 Tip Perniagaan Untuk Usahawan Muslim

Salam sahabat.. Disini saya ada sedikit info untuk dikongsi bersama. 7 Panduan Menjadi Usahawan Muslim.. Contohi akhlak dan cara nabi dalam pengurusan perniagaan baginda semoga menjadi ikutan dan dorongan untuk menjadi usahawan yang berjaya.. Chech it out!


Iklhas,
Fizzi

7 Tip Perniagaan Untuk Usahawan Muslim

Salam sahabat.. Disini saya ada sedikit info untuk dikongsi bersama. 7 Panduan Menjadi Usahawan Muslim.. Contohi akhlak dan cara nabi dalam pengurusan perniagaan baginda semoga menjadi ikutan dan dorongan untuk menjadi usahawan yang berjaya.. Chech it out!



Monday, February 22, 2010

ibnuazhar

Assalamualaikum semua usahawan,

lama tak jengok and reply kat sini... rasa kekok plak

1st for all, congratulation to my buddy pair, ikin ,kak zie and fizi
2nd, rindu kat sume, harap boleh jumpa dalam waktu terdekat
baru ni jumpa fizi & (mat+wife) je kat kenduri ikin kat bukit mahkota
pastu, tak sempat nak gi tengok baby fizi... Sorry fizi

3rd, nak share sket perkembangan terbaru

masih wat printing cuma skrang ni dah cover 1 Malaysia
so, sesapa nak order dgn saya, barang akan dihantar depan pintu rumah anda

satu lagi saya skrang tgh wat satu lagi muslim pakej ke Ho Chi Minh, VIETNAM...

sila rujuk gambar di sebelah....

p/s :kalu yang nak gi honeymoon (tak kisah, kali yang ke-5 pun boleh), harga boleh nego :-)






satu lagi nak share, saya sekarang agak bz...
anak dah tambah 4 orang (1 isteri) he..he..he... jangan mare
pastu every weekend ada kelas... maklum la jadi student balik
kat UMCCed course syariah.... best sangat
macam-macam belajar... rasa macam baru hidup je coz terlalu banyak yang perkara baru untuk dipelajari.... lecturer plak sporting dan profesional (suasana tak macam sekolah coz dulu kita diajar utk terima apa juga yang guru kita ajar = DOKTRIN tapi dalam kelas kita boleh argue dengan lecturer kita tapi secara ILMIAH).... memang best

So, saya amat galakkan sume orang kat hidupushawan utk belajar sama-sama.... paling kurang pun untuk keluarga kita.... coz kita hidup kat dunia ni tak lama.... nak siapkan bekalan untuk KEHIDUPAN YANG ABADI

May Allah bless us!!!

Hidup Usahawan

Monday, February 8, 2010

Jemputan kawin

Jemputan kawin

Rumah ikin: 480 Jln Jati taman seri Setia or plz call 017-5882047
Rumah Bangi: 15 BM/3B Seksyen 6 Bandar Bukit Mahkota Tinggi, Kajang Selangor

harap leh datang mana-mana ikut keselesaan kwn2..

Monday, January 18, 2010

TQ SEMUA...

Salam Team...

Saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala keperihatinan dan doa untuk saya sepanjang saya tidak sihat tempoh hari. Moga tuhan membalas niat baik saudara/saudari sekelian.. Terus support satu sama lain yea..

TQ and take care semua.

HIDUP USAHAWAN!!!

-Coach Wan Arjuna-

Sunday, January 10, 2010

Keadaan Coach tidak berapa sihat..

Salam kengkawan.. Keadaan coach kini tidak berapa sihat.. skang ni under medication.. suspect batu karang dalam perut.. marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan dan kesihatan agar pulih dan sembuh seperti sediakala dan boleh menjalankan urusan beliau.. pada ketika inilah kita harus menunjukkan keperihatinan kita sebagai coachee yang sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap beliau..
Atas tanggungjawab itulah kami selaku anak buah beliau (coachee) mendoakan agar beliau lekas sembuh..
Ikhlas
-Fizzi-

Thursday, January 7, 2010

Deklarasi 2010...


















Apakah azam sahabat-sahabat sekelian pada tahun ini?

Apa yang boleh saya BANTU untuk merealisasikan azam kalian?

Saya dengan ikhlas hati sudi menawarkan diri sedaya yang mampu untuk mambantu kalian merealisasikan matlamat dan azam kalian pada tahun baru ini akan tetapi diatas keIzinan yang kalian berikan. Dengan itu marilah kita bersama-sama membuat deklarasi agar kita boleh bersama-sama secara synergy menjayakan azam dan matlamat kita. Kalian bolehlah letakkan azam kalian pada ruangan blog ini.

Deklarasi Hafizi :
Saya Mohammad Hafizi b Mohd Radzi berikrar untuk membeli kereta Exora 1.6 Auto H-Line berwarna coklat gelap berharga 69,900 dengan downpaymennya bernilai Rm5000 dan bulanannya sebanyak 850sebulan pada akhir bulan Jun 2010.

Apa deklarasi kalian? Boleh kongsi?
Ps: Atas keizinan..
Pss: Ingat lagi tak ketika kita di PD? Ingat lagi tak pada deklarasi yang telah kita lontarkan pada malam terakhir program tersebut? Inilah masa yang sesuai untuk kita kotakan apa yang telah kita deklare pada malam tersebut..

Yang Ikhlas membantu
Fizzi
Always to be a Giver..

Saturday, January 2, 2010

1431 Hijrah vs 2010 Masihi... Apa Beza?


Sambutan tahun baru sudah menjadi satu agenda didalam kalendar sebagai satu hari untuk dirayakan. Pastinya pada malam tanggal tibanya detik tahun baru akan dipenuhi dengan agenda-agenda hiburan dan acara-acara keraian yang sebenarnya berpaksikan kepada budaya barat. Suasana yang gilang gemilang yang dipenuhi dengan pelbagai golongan manusia hadir menantikan detik tepat 12 tengah malam bagi merayakan sambutan tahun baru. Maka berteriaklah golongan ini dengan hiruk pikuknya mengira detik-detik countdown menantikan...(more)

ps: Tahniah kepada Afif kerana dapat baby girl..
ikhlas..
Fizzi

Friday, January 1, 2010

3 kesilapan dlm melabur

Jika ditanya pada agent Unit Amanah.. bila masa yang sesuai untuk melabur.. mereka akan kata.. SEKARANG!
Jika ditanya pada broker Saham… bila masa yang sesuai unutuk melabur.. mereka akan kata.. SEKARANG!
Jika ditanya pada agent Hartanah… bila masa yang sesuai untuk melabur… mereka akan kata.. SEKARANG!
Hatta.. jika ditanya pda penganjur skim cepat kaya pun.. mereka akan kata.. SEKARANG lah masa yang sesuai untuk melabur.

Faktor utama yang perlu dilihat sebelum seseorang itu membuat pelaburan, ialah.. situasi kewangan semasa mereka.

3 kesalahan yang sering dilakukan oleh orang ramai dalam pelaburan…
No #1. Mengabaikan risiko kerugian
Macam yang saya tulis diatas.. apabila sebut pasal pelaburan.. ia pasti akan ada “Untung” dan “Rugi”.. jadi perlu bersedia menghadapi kedua-dua situasi tersebut, dan bukannya hanya melihat pada satu sisi sahaja. Perlu juga fikirkan tentang kerugian yang mungkin akan dialami.

No # 2. Meminjam wang untuk melabur..
Jika anda tidak ada duit, ikhlas lah pada diri mengatakan “anda tidak ada duit pada waktu ini dan ini bukanlah masa yang sesuai untuk anda melabur”. Melaburlah apabila anda sudah mempunyai wang lebihan. Wang lebihan yang saya maksudkan disini, ialah, wang yang sudah anda “tidak berapa perlukan”… diulangi.. “tidak berapa perlukan” bukannya “tidak gunakan”.

No #3. Kurang ilmu , hanya dengar-dengar dan ikut.
Perkara ini selalu tekankan, tidak kiralah sama ada kita ingin mula melabur atau mula berniaga. Perkara pertama yang perlu kita ada adalah ilmu. Macam mana nak dapatkan ilmu? Senang je.. banyakkan membaca dan bergaul dengan mereka yang pakar. untuk kita mengetahui sesuatu perkara/topik itu, secara “purata”.. kita hanya perlu baca 2 buku mengenainya. Bergantung kepada “info dalam buku” tersebut dan juga “tahap kefahaman” anda.
Ringkasnya.. kalau nak menceburi sesuatu bidang baru.. baca 2 buku dulu mengenainya. Kemudian mula buat… selepas dah buat.. baca lagi buku (yg ke-3).. kemudian improve skill.. kemudian, baca lagi buku lain (yg ke-4).. improve lagi skill yang ada dan begitulah seterusnya sampai bila-bila

Bagaimana menghadapi kegawatan ekonomi...share

tips bagaimana anda boleh bertahan dan bersedia bagi menghadapi waktu-waktu sukar akibat kegawatan ekonomi ini.

1) Lindungi & Kukuhkan Punca Pendapatan Anda
Bagi mereka yang bekerja makan gaji, inilah masanya untuk anda meningkatkan pagi prestasi kerja anda dengan cara melebihkan sedikit awktu bekerja, bekerja dengan lebih tekun, serta meningkatkan lagi kemahiran-kemahiran anda. Jika anda seorang pekerja yang cemerlang, tiada sebab untuk pihak syarikat memberhentikan anda (kecuali kalau syarikat tersebut memang gulung tikar la). Ini kerana, anda adalah “aset” kepada syarikat.. memberhentikan anda adalah bermakna, mengurangkan “keuntungan” kepada syarikat.
Bagi mereka yang berniaga/bekerja sendiri, inilah masa untuk anda meningkatkan kualiti perkhidmatan/produk perniagaan anda. “Loyalti programme” seperti mewujudkan kad keahlian mungkin sesuai pada waktu begini.

2) Bersedia untuk diberhentikan / hilang punca pendapatan
Walaupun anda sudah bekerja keras untuk memastikan anda adalah aset bagi tempat anda bekerja, namun kadangkala, sesetengah perkara sudah ditakdirkan dan akan berlaku. Jadi, sebelum perkara yang tidak anda ingini itu berlaku, anda perlulah bersiap sedia, orang kata, “Jangkakan perkara yang tidak dijangka” . Mungkin, pada waktu ini anda boleh mencari semula dan mengemaskini fail-fail resume anda di samping mengenalpasti “lubuk-lubuk” pekerjaan yang baru.
Bagi mereka yang berniaga sendiri, inilah masa yang sesuai untuk anda menambahkan lagi kenalan & network perniagaan anda. Kerapkan diri untuk hadir ke majlis-majlis yang berkaitan perniagaan. Manalah tahu, mungkin anda akan menjumpai “peluang-peluang” serta “idea-idea” perniagaan yang baru disini.

3) Tambahkan Punca Pendapatan Anda
Banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk menambahkan punca pendapatan anda. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah, mengorbankan sedikit masa anda berada di hadapan televisyen. Ramai orang yang memberikan alasan dan berkata.. ” Saya bukannya tak mahu buat.. cuma takde masa?”. Zaman sudah berubah, dunia dah maju, kini, sudah ada banyak peluang-peluang menjana pendapatan sampingan yang tidak memerlukan anda menghabiskan banyak masa. Antaranya adalah seperti menyertai program affiliate, berniaga di ebay, menjadi penulis bebas ataupun menjual ebook di internet.
Untuk lebih baik lagi, seelok-eloknya, pastikan punca pendapatan tambahan anda itu, adalah sesuatu yang “passive”.

4) Kurangkan Perbelanjaan Anda
Saya rasa, perkara ini tidak perlu saya ulas lanjut, sudah pastinya anda semua sudah sedia maklum. Setiap kali menghadapi masalah kewangan, perkara pertama yang perlu kita lakukan, ialah mengurangkan perbelanjaan kita. Semak semula perkara-perkara yang perlu kita bayar secara bulanan, adakah ia boleh dihapuskan atau dikurangkan.

5) Semak Hutang Pinjaman Rumah Anda
Semalam, bank negara baru sahaja mengumumkan penurunan kadar OPR, dan perkara ini akan mempengaruhi penurunan BLR. Jadi, semak pinjaman rumah anda, adakah bank anda turut menurunkan kadar BLR mereka? Jika tidak.. mungkin inilah masanya untuk anda membuat survey “pakej-pakej” refinance yang disediakan oleh bank lain yang mampu menawarkan kadar faedah yang terendah.
Selepas berjaya membuat refinance, duit lebih yang diterima hasil refinance tersebut mungkin boleh digunakan untuk melangsaikan hutang-hutang anda yang lain (kad kredit. Jangan sesekali gunakan duit tersebut untuk menambah liabiliti seperti membeli kerata baru, penghawa dingin baru ataupun perabot baru.

6) Mulakan Pelaburan
Ini pula adalah amat sesuai bagi mereka yang “berkemampuan” dan mempunyai duit lebih. Pada waktu kegawatan seperti ini, saham-saham mewah serta saham-saham amanah sangat murah, kadar faedah pinjaman untuk membeli rumah juga menjadi rendah. Jadi, inilah masanya untuk anda menambah kekayaan anda.

Itulah antara beberapa perkara yang boleh anda lakukan bagi bertahan di dalam situasi kegawatan ekonomi ini. Semoga entri kali ini memberikan anda sedikit manfaat dan kekuatan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang ini.

Gawat ni...

just nak share article yg sy dpt...
Jika kita melihat kepada graf tersebut, ekonomi Malaysia pasti akan mengalami kejatuhan bukan sahaja pada selang yang hampir sekata, iaitu setiap 10 tahun, bahkan juga mengikut nilai kejatuhan yang seragam. Dengan melihat kepada graf ini juga, justeru intuisi saya meramalkan bahawa tren tersebut akan berulang seperti yang berikut:1967 - kejatuhan pertama setelah 1963 (Malaysia terbentuk)
1974-1975 - akibat krisis harga minyak dunia
1985-1986 - akibat kejatuhan harga komoditi; dan
1997-1998 - akibat krisi kewangan di Asia2009-2013 - akibat krisis politik dalam negeri; dan
2020-2024 - akibat krisis sumber manusiaSaya juga meramalkan bahawa krisis ekonomi pada

2009--2013 adalah lebih gawat berbanding keadaan 1997-1998, mungkin mencatatkan sehingga ke paras -10% dan lebih teruk lagi pada tahun 2020-2024 itu yang berkemungkinan akan mencatatkan 16% di bawah sifar.