Friday, November 20, 2009

SALAM USAHAWAN

Firstly... HIDUP USAHAWAN..

Assalamualaikum wrbt. kepada semua teman2 dan coach,

Saya rasa perlu ada satu tindakan untuk mengembalikan kehangatan dan semangat TEAM antara kita semua...(selain dari menyahut cabaran coach)...Tapi ini hanyalah cadangan dan perlu persetujuan semua dan juga coach....cadangannya:
  • pilih satu tarikh di mana kita semua dapat bertemu dan berkumpul untuk satu hari shj (pagi till petang/mlm)
  • tempatnya di Entrepreneur Village (kita sewa seminar room coach dgn special rate)
  • buat sedikit collection (untuk sewa bilik seminar & makan minum)
  • aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti berikut (sharing prob n perkembangan semasa, flash back hari kita di PD (maybe dgn tgk video yang diambil oleh coach), buat deklarasi bersama, dan sebagainya...
  • maybe aktiviti ni kita boleh diskus kemudian..

Sekali lagi, ini hanyalah cadangan untuk kita membantu satu sama lain. Jika ada cadangan yang lain boleh kita kongsikan bersama...

(sorry, tulisan saya tak sehebat tulisan En. Fizzy kita ...hehe ...)

Wassalam...

Tuesday, November 17, 2009

Salam Usahawan!!

Salam Team...

Apa habaq semua. Saya sentiasa mengikuti perkembangan team...

Tahniah bagi yang berjaya ke tahap seterusnya....
Tahniah juga bagi yang sedang melalui dugaan keusahawanan...

Setiap sesuatu yang terjadi adalah satu peluang baru untuk meningkatkan ilmu keusahawanan...

Kita sering belajar perkara yang baru tentang diri, perniagaan, kehidupan terutama dalam keadaan yang menguji..yakni dalam keadaan tertekan..

KEUSAHAWANAN TERUJI DIBAWAH TEKANAN!!! (Pelik tetapi terbukti)

Saya berharap Team akan terus support satu sama lain...(Sokong dari segi komunikasi, sharing dan sinergi)

Saya sentiasa bersedia untuk menghulurkan pandangan, sokongan dan tips sekiranya diperlukan..

Cabaran saya pada team (dengan izin)...

1) Terus menjadi "GIVER" walau sibuk dengan kehidupan & perniagaan masing2
2) Mengimbangi kehidupan dan perniagaan (BALANCE)
3) Sentiasa pastikan "SELF ALIGNMENT" (Fikir+Niat+Ucapan+Perbuatan) sentiasa seiring.
4) Sentiasa "SHARING" jangan pendam sorang2
5) Ambil tahu tentang Team dan terutamanya Buddy Pair masing2
6) Jangan jadikan Team ini sebagai rakan kursus biasa!!! Untuk apa kita lalui perjalanan ini utk 6 bulan bersama dan berkongsi airmata????
7) "If It's to be...it's up to me"
8) Jangan hanya mula berkomunikasi bila segalanya mengikut perancangan...sebaliknya lagi tengah serabut..lagi tengah teruji..lagi bawah tekanan... lagilah kita harus "Sharing". Team/Blog ini bukan hanya bertujuan untuk berkongsi kegembiraan dan kejayaan tetapi juga untuk berkongsi kesedihan...permasalahan...tekanan dan apa sahaja.
9) Hidupkan kembali sokongan antara satu sama lain!!!
10) Guna pakai segala tools/tips coaching yang telah saya kongsikan sepanjang program.

HIDUP USAHAWAN!!!!

Keep on sharing...Keep in touch....Take care...

-Coach Wan-

Thursday, November 12, 2009

Untukmu Rosdi..dan kengkawan yang lain..

Assalamualaikum..

Buat Rosdi..

tabahkan hatimu..
teruskan perjuangan..
jangan engkau ragu..
dirimu tidak keseorangan..
kami sentiasa bersamamu..
dalam apa jua keadaan..
walaupun tidak sebantal..
jauh beribu batu..
dan yang paling penting..
iklhas dari sahabatmu..
YAKINLAH PADA DIRIMU..

dan video ini adalah untuk mu.. dan rakan-rakan yang lain.. hayatinya.. kerna aku jua pernah terjadi SITUASI seperti mu.. kini aku mengorak langkah dan
TETAP PERCAYA DAN YAKIN PADA DIRI SENDIRI





Janganlah sorang-sorang memendam perasaan.. share with us..mungkin kita boleh tolong..sharing is caring bukan scaring..
Kami Bukan Along.. Kami Cuma Nak Tolong..
he..he.. kasi ceria skit

tgk video tu.. pasang sound kuat-kuat..aku tgk sampai nangis.. betul beb..

Ikhlas
Mohammad HAfizi b Mohd Radzi
rerajin le layari laman blog saya..
http://mohdhafizi.com
Bakal Jutawan Internet suatu hari nanti..



Kedai seberang jaya baru buka. lalu butterworth singgah le.

Wednesday, November 11, 2009

Assalamulaikum..wbrt.
hai kawan2 ..sbenarnya dah lama aku nak menulis apa yang aku fikirkan penting untuk aku kongsikan bersama. tapi aku malu pada diri sendiri entah apa yg aku tuliskan ini dah aku lalui atau dah aku lakukan ke belum..
kita sering mngukur kejayaan dlm diri dan kejayaan perniagaan dlm bentuk harta benda( berapa duit yg ada, jenis kereta, saiz dan jenis rumah, bilangan perniagaan dsbgnya..) sehingga kita lupa ttg value sebenarnya kejayaan.
pemahaman aku ttg hakikat sebuah kejayaan juga telah berubah.dulu aku juga begitu..melihat konsep sebuah kejayaan mesti di ukur melalui benda2 diatas paras normal. aku sibuk bersembunyi di sebalik topeng daripada aku melihat kekurangan dlm diri sendiri. hidup hanya untuk topeng.
tapi hari ini aku melihat kejayaan dan kekayaan yg sebenar adalah bagaimana kita "meng up gredkan" diri kita dari satu nilai ke satu nilai yang lebih mulia. mcm yg kita tahu definasi seorg usahawan ialah org yg bangun tidur hari ini adalah lebih baik dari bangun tidurnya hari semalam.
kita takut di sebut gagal, takut di hina dan takut dipandang rendah kerana ketinggalan daripada kita jujur melihat diri sendiri. Mengapa????..
Entahla aku sendiri secara jujur mengakui bahawa aku juga jarang bercermin diri..Keusahawan adlh satu proses perjalanan yg penuh rintangan dan halangan. hidup umpama putaran roda. aku harap dlm kesibukan kita mengikut pusingan roda dan menari mengikut iramanya gendang kita masih jujur dlm melihat kekurangan dan potensi diri...utk apa dan utk siapa...

AKU maluuuu.....

Sunday, November 8, 2009

hai..kawan2. test tulis dlm blog

geng aku test tulis aje sebab .......

Wednesday, November 4, 2009

Pls download this ebook..

Assalamualaikum kengkawan...
Saya baru mencipta satu ebook mengenai pelaburan internet vs perniagaan internet. Ebook ini adalah berdasarkan kepada pengalaman pahit saya pernah terjebak dalam skim haram ini. Semuanya telah saya muatkan dalam ebook ini. Harap kengkawan download dan baca ebook ini. Kemudian saya minta tolong jasa dan budi baik kengkawan untuk beri komen terhadap hasil saya ini. Sesiapa yang beri komen akan saya muatkan dalam ruangan tertimonials review pembaca ebook ini. Buat pengetahuan ebook ini belum lagi dilancarkan. Maka saya beri penghormatan kepada kengkawan untuk mendapatkan ebook ini sebelum ia dilancarkan kelak. Kemungkinan ebook ini akan dijual pada harga RM37.

Sambil-sambil itu ada iklan dari penaja rancangan. Tips untuk mengelak dari virus H1N1.





Ps: Tahniah kepada Mad kerana berjaya bukak lagi satu cawangan.. opsss.. cawangan kedai dia daaaa. bukan 'cawangan' lain haaa....