Wednesday, November 11, 2009

Assalamulaikum..wbrt.
hai kawan2 ..sbenarnya dah lama aku nak menulis apa yang aku fikirkan penting untuk aku kongsikan bersama. tapi aku malu pada diri sendiri entah apa yg aku tuliskan ini dah aku lalui atau dah aku lakukan ke belum..
kita sering mngukur kejayaan dlm diri dan kejayaan perniagaan dlm bentuk harta benda( berapa duit yg ada, jenis kereta, saiz dan jenis rumah, bilangan perniagaan dsbgnya..) sehingga kita lupa ttg value sebenarnya kejayaan.
pemahaman aku ttg hakikat sebuah kejayaan juga telah berubah.dulu aku juga begitu..melihat konsep sebuah kejayaan mesti di ukur melalui benda2 diatas paras normal. aku sibuk bersembunyi di sebalik topeng daripada aku melihat kekurangan dlm diri sendiri. hidup hanya untuk topeng.
tapi hari ini aku melihat kejayaan dan kekayaan yg sebenar adalah bagaimana kita "meng up gredkan" diri kita dari satu nilai ke satu nilai yang lebih mulia. mcm yg kita tahu definasi seorg usahawan ialah org yg bangun tidur hari ini adalah lebih baik dari bangun tidurnya hari semalam.
kita takut di sebut gagal, takut di hina dan takut dipandang rendah kerana ketinggalan daripada kita jujur melihat diri sendiri. Mengapa????..
Entahla aku sendiri secara jujur mengakui bahawa aku juga jarang bercermin diri..Keusahawan adlh satu proses perjalanan yg penuh rintangan dan halangan. hidup umpama putaran roda. aku harap dlm kesibukan kita mengikut pusingan roda dan menari mengikut iramanya gendang kita masih jujur dlm melihat kekurangan dan potensi diri...utk apa dan utk siapa...

AKU maluuuu.....

2 comments:

  1. Teruskan berkongsi pengalaman hang. sangat berguna untuk semua.

    ReplyDelete
  2. Salam Bro...
    Tahniah atas perkongsian yang ikhlas dari hati...

    I am so proud of u....

    Teruskan perjuangan!!

    HIDUP USAHAWAN!!!

    ReplyDelete