Friday, January 1, 2010

3 kesilapan dlm melabur

Jika ditanya pada agent Unit Amanah.. bila masa yang sesuai untuk melabur.. mereka akan kata.. SEKARANG!
Jika ditanya pada broker Saham… bila masa yang sesuai unutuk melabur.. mereka akan kata.. SEKARANG!
Jika ditanya pada agent Hartanah… bila masa yang sesuai untuk melabur… mereka akan kata.. SEKARANG!
Hatta.. jika ditanya pda penganjur skim cepat kaya pun.. mereka akan kata.. SEKARANG lah masa yang sesuai untuk melabur.

Faktor utama yang perlu dilihat sebelum seseorang itu membuat pelaburan, ialah.. situasi kewangan semasa mereka.

3 kesalahan yang sering dilakukan oleh orang ramai dalam pelaburan…
No #1. Mengabaikan risiko kerugian
Macam yang saya tulis diatas.. apabila sebut pasal pelaburan.. ia pasti akan ada “Untung” dan “Rugi”.. jadi perlu bersedia menghadapi kedua-dua situasi tersebut, dan bukannya hanya melihat pada satu sisi sahaja. Perlu juga fikirkan tentang kerugian yang mungkin akan dialami.

No # 2. Meminjam wang untuk melabur..
Jika anda tidak ada duit, ikhlas lah pada diri mengatakan “anda tidak ada duit pada waktu ini dan ini bukanlah masa yang sesuai untuk anda melabur”. Melaburlah apabila anda sudah mempunyai wang lebihan. Wang lebihan yang saya maksudkan disini, ialah, wang yang sudah anda “tidak berapa perlukan”… diulangi.. “tidak berapa perlukan” bukannya “tidak gunakan”.

No #3. Kurang ilmu , hanya dengar-dengar dan ikut.
Perkara ini selalu tekankan, tidak kiralah sama ada kita ingin mula melabur atau mula berniaga. Perkara pertama yang perlu kita ada adalah ilmu. Macam mana nak dapatkan ilmu? Senang je.. banyakkan membaca dan bergaul dengan mereka yang pakar. untuk kita mengetahui sesuatu perkara/topik itu, secara “purata”.. kita hanya perlu baca 2 buku mengenainya. Bergantung kepada “info dalam buku” tersebut dan juga “tahap kefahaman” anda.
Ringkasnya.. kalau nak menceburi sesuatu bidang baru.. baca 2 buku dulu mengenainya. Kemudian mula buat… selepas dah buat.. baca lagi buku (yg ke-3).. kemudian improve skill.. kemudian, baca lagi buku lain (yg ke-4).. improve lagi skill yang ada dan begitulah seterusnya sampai bila-bila

3 comments:

  1. Wah..

    Sharing yang berguna.. lama menyepi.. tiba-tiba timbul jadi pegawai pelaburan la pulaks.. apa pun sharing yang baik dan berguna kepada kita bersama.. cuma adasedikit yang eden nak tambahkan.. bagi cukup rasa.. tempat terbaik untuk kita melaburkan duit Rm1000, RM 10,000, walhal sejuta ringgit sekalipun adalah pada DIRI SENDIRI!.. gunakan wang yang kita nak laburkan itu untuk meningkatkan ilmu dalam mencari pendapatan lebih.. kerna kalu kita laburkan pada Unit Trust ke, ASB ke dan mana-mana institusi berlesen, pulangannya mungkin sebanyak 10%-15% setahun.. akan tetapi kalu kita laburkan pada ilmu cthnya ilmu perniagaan ke, seminar perniagaan ke, joint Sahabat ECI ke.. masuk kursus coaching ECI ke..hatta beli buku sekalipun.. ia dapat melipatgandakan pendapatan anda sehingga 100%, 200% hingga kalu boleh 1000% selalunya lebih dari itu sekiranya kita laburkan pada ILMU.
    Jd kesimpulanya dan tambahan daripada info ekin itu adalah JANGAN KEDEKUT DALAM MELABUR PADA ILMU KERANA PULANGANNYA ADALAH BERKALI-KALI GANDANYA!

    ps: thanks ekin for your good info.. and selamat kembali kepada blog hidup usahawan.... rerainlah layari blog ini.. inilah salah satu cara kita berhubung dan support antara satu sama lain.. insyaAllah..

    Fizzi

    ReplyDelete
  2. Satu lagi eden nak tambah.. nak bagi lebih sedap dan terangkat! Aku ada tulis buku berkenaan Pelaburan Internet vs Perniagaan Internet yang mana dalam buku itu aku ada ceritakan tentang pelaburan internet yang berpaksikan kepada skim cepat kaya, macam mana nak mengenali dalang pelaburan haram itu, dan tindakan-tindakan yang patut kita lakukan untuk mengelakkan diri dari terjebak ke kancah pelaburan haram itu.. Buku itu ditulis hasil dari pengalaman yang telah aku lalui dan sedikit reasearch mengenai skim pelaburan haram tersebut. Ekin boleh download dan give some comments..Klik url dibawah.. atau sekiranya x dpt, amik url dibawah, dan masukkan dalam ruangan address browser ekin.. try download, baca dan give some comment ya!

    http://hidupusahawan.blogspot.com/2009/11/pls-download-this-ebook.html

    http://mohdhafizi.com

    ReplyDelete
  3. Sharing yang baik..mantap2..just nak share.. anggap kegawatan ni satu dugaan dan tekanan..kerna bak kata coach wan keusahawanan teuji dibawah tekanan. So, sama2 kita tempuh sebagai seorang usahawan. Hidup Usahawan!!!..Tahniah kawan2 yang dah ikut program menjadi coach. Boleh share tak?...hehe..

    Alfian.

    ReplyDelete