Thursday, January 7, 2010

Deklarasi 2010...


















Apakah azam sahabat-sahabat sekelian pada tahun ini?

Apa yang boleh saya BANTU untuk merealisasikan azam kalian?

Saya dengan ikhlas hati sudi menawarkan diri sedaya yang mampu untuk mambantu kalian merealisasikan matlamat dan azam kalian pada tahun baru ini akan tetapi diatas keIzinan yang kalian berikan. Dengan itu marilah kita bersama-sama membuat deklarasi agar kita boleh bersama-sama secara synergy menjayakan azam dan matlamat kita. Kalian bolehlah letakkan azam kalian pada ruangan blog ini.

Deklarasi Hafizi :
Saya Mohammad Hafizi b Mohd Radzi berikrar untuk membeli kereta Exora 1.6 Auto H-Line berwarna coklat gelap berharga 69,900 dengan downpaymennya bernilai Rm5000 dan bulanannya sebanyak 850sebulan pada akhir bulan Jun 2010.

Apa deklarasi kalian? Boleh kongsi?
Ps: Atas keizinan..
Pss: Ingat lagi tak ketika kita di PD? Ingat lagi tak pada deklarasi yang telah kita lontarkan pada malam terakhir program tersebut? Inilah masa yang sesuai untuk kita kotakan apa yang telah kita deklare pada malam tersebut..

Yang Ikhlas membantu
Fizzi
Always to be a Giver..

3 comments:

  1. Assalamualaikum

    Sebaiknya deklarasi bukan bersifat kebendaan atau yang bersifat kewangan. Ini akan dapat kita capai secara otomatik sekiranya deklarasi perniagaan kita tercapai. Semestinya deklarasi perniagaan akan lebih menuju kepada perkembangan dan keuntungan perniagaan bukan? Oleh yang demikian deklarasi peribadi sebaiknya lebih bersifat kepuasan yang dicapai. Sebagai contoh deklarasi peribadi saya untuk tahun ini akan menziarahi buddy pair saya di sarawak ( Pn. Masliza ). Untuk mengutuhkan lagi sillaturrahim family saya dengan famili beliau. Kebetulan ahli famili saya akan bertambah lagi tahun ni insyaAllah menyuntik satu motivasi kepada beliau dan suami untuk lebih berusaha dan bersabar untuk mendapat cahaya mata.
    Dulu saya pernah membuat deklarasi seperti hafizi buat. Bersifat kebendaan dan coach telah menyedarkan saya deklarasi sedemikian adalah kurang SMART. -sekadar sharing. No heart feeling - Zie Mee Mujahid

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih atas komen.. kak zie adalah orang pertama yang memberi komen setelah lama menunggu buddy pair or team lain memberi komen mereka.. alhamdulillah akhirnya ada juga yang sudi memberi komen.. mungkin mereka sibuk kot.. yess saya faham situasi mereka..
    feedback kak zie diterima.. terima kasih sekali lagi..apapun walaupun deklarasi saya bersifat kebendaan.. ia sebenarnya menguatkan lagi azam untuk memajukan lagi perniagaan kita.. dan apa-apa tindakan untuk menjayakan perniagaan dan menambahkan lagi pendapatan adalah sebagai action plan untuk menjayakan deklarasi yang sebenarnya memberi kepuasan sekiranya ianya dapat dicapai.. dan ianya sebenarnya adalah deklarasi perniagaan kerana deklarasi itu adalah sebagai milestone(batu aras) terhadap perkembangan dan tahap kejayaan perniagaan saya.. dan ianya memberikan KEPUASAN sekiranya dicapai..
    oh lupa.. misi peribadi saya adalah "menjadikan deklarasi team dan buddy pair menjadi kenyataan.." ia macam deklarasi tapi ia lebih kepada misi.. akan tetapi ia atas keizinan kalian..
    ok.. berkaitan deklarasi yang kak zie telah nyatakan itu.. marilah kita sama-sama menjayakannya.. insyaAllah next time kita akan bincang mengenai action plannya.. kita sama-sama jayakannya.. ok?

    rerajinlah layari laman blog saya:
    http://mohdhafizi.com

    ReplyDelete
  3. Opss..lupa plak. kepada kak zie, buddy pair dan team.. sekiranya ada deklarasi yang ingin dikongsi bersama bolehlah letakkan dalam post blog ini.. dan ianya boleh diberikan acknowledge dan feedback oleh team dan buddy pair yang lain.. moga deklarasi kita tahun ini tercapai dengan synergi dan kekuatan team Hidup Usahawan ECI

    ReplyDelete