Wednesday, October 7, 2009

Rahsia Bisnes Orang Cina

Episod 1 ( sejarah bisnes orang Cina )

" Jika dahulu bapanya berniaga air di tepi jalan, maka anaknya akan membuka restoran dan barangkali cucunya akan membuka kilang menghasilkan air dalam tin ".

Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) yang diperkenalkan pd thn 1970 an berjaya melahirkan sejumlah usahawan ahli perniagaan dan tokoh korporat di kalangan penduduk bumiputra sama ada Islam atau tak. Ini membuktikan perniagaan adalah bidang yang boleh dipelajari dan tidak semestinya dimonopoli oleh sesuatu kaum.

"Sejarah yg dilalui oleh orang Cina untuk menjadi peniaga yang berjaya penuh dengan  
seribu satu liku ".

" Sejarah perniagaan orang Cina bermula dalam bidang peruncitan. Drpd bidang ini orang Cina memperoleh pengalaman dan kemahiran bagi menghadapi pelbagai karenah manusia ".

" Perniagaan orang Cina tidak melibatkan banyak formaliti dan karenah birokrasi. Mereka berusaha menjadikan urusniaga itu semudah yang mungkin ".

Kepada sahabat semua bezanya orang Cina dengan kita mereka bukan beragama Islam dimana kita merancang dan berusaha sehabis usaha dan akhir sekali tawakal dan menyerahkan kepada Pencipta yang menentukan segalanya. Sekiranya segala yang dirancang GAGAL dan segala yang diusahakan HANCUR namun PENGALAMAN menempuh segala perkara tersebut amat bernilai yang tidak dapat diberikan kepada orang lain. Hanya insan terpilih sahaja yang akan menempuh kegagalan dan terserah kepada diri kita sama ada mahu bangkit daripada kegagalan atau menyerah kalah kepada takdir. Dan itu bukan sifat orang Islam.

4 comments:

  1. Kekadang juga kita harus paprkan juga rahsia bisnes orang melayu.. patut dedahkan juga rahsia bisnes orang melayu yang membawa kejayaan yang boleh dibuat panduan dan diadaptasikan oleh usahawan-usahawan melayu..serta didedahkan juga rahsia bisnes orang melayu yang tidak membawa kepada kebaikan yang boleh dijadikan sempadan untuk dielakkan oleh usahawan-usahawan melayu...
    Jadi khusus untuk orang melayu
    Hidup Usahawan Melayu!!!

    ReplyDelete
  2. Bukan bangsa menjadi ukuran saya. Sepatutnya sebagai usahawan MELAYU kita telah mengetauhi apakah rahsia kejayaan usahawan yang sebangsa kita. Namun disini saya cuma ingin mengenengahkahkan konsep-konsep dan cara bangsa Cina berfikir dalam perniagaan yang menjadikan mereka terkenal dengan sinonim CINA-MENIAGA punya orang. Cina malu kalau anak-anak nya kerja gomen. Fakta yang saya kongsi dalam blog kita ini dipetik daripada seorang bangsa Cina yang telah convert ke Islam dan dia juga seorang bisnesman yg berjaya. Mana yang baik boleh di tapau kalau tak elok boleh buang. Sekadar berkongsi maklumat yang saya rasa sangat baik untuk pengetauhan sahabat semua dalam mengharungi hidup sebagai seorang USAHAWAN. HIDUP USAHAWAN ISLAM !!!!!

    ReplyDelete
  3. Yess. saya bersetuju dgn pandangan mu perkongsian yang baik..kita juga wajar untuk mengenali dan mendalami cara-cara bisnes org cina, cara-cara org jepun dan juga bangsa-bangsa lain.. cumanyer kita agak terlepas pandang cara-cara bisnes org kita sendiri yang mungkin boleh dijadikan panduan mahupun sempadan..mungkin banyak lagi yang belum lagi kita kenal mengenai bangsa kita sendiri..mungkin kita sama-sama(Team Coachee) boleh merangka satu buku khusus kepada "Cara-cara bisnes orang melayu - kebaikan atau keburukan?" mungkin juga buku ini bakal menjadi panduan pulak kepada bangsa-bangsa lain..he..he..sbb kita sudah terbiasa dgn buku-buku panduan cara-cara biz bangsa lain(sbb saya juga memiliki buku rahsia biz org cina ,jepon dan korea) agak jeles jgak laa asik bangsa lain je yang kta buat panduan..manalah tau sekali meletop la plak buku cara biz org melayu(buku terlaris di pasaran) ceh wah..yang memuatkan antara usahawan melayu yang berjaya spt Syed Moktar Al Bukhari, Irfan Khairi, Tun Daim Zainuddin, Wan Arjuna, Hafizi(suatu masa nanti la) dan lain-lain lagi hi hi..komen saya yang pertama bukan membangkang tapi menambah yang kurang jer..
    ps: jgn mara aa.. ni just pandangan peribadi jer..no right no wrong..
    pss: apa plak pandangan kengkawan yang lain..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wbkth..Saya setuju kita harus menyelidiki dan belajar dari bangsa/kaum lain bagaimana nak run bisnes. Tidak kira Cina, India, Mat Saleh, semua ada rahsia tersendiri.. tapi yang paling penting, cari rahsia perniagaab cara Islam. itu lebih baik. kerana cara bisnes selain Islam masih terdedah kepada ketidakpastian, contohnya seperti riba, halal dan haram. Kaji sistem perniagaan Islam yang dengan IzinNya diberkati. Ingat, bisnes bukan hanya untuk kaya, carila keberkatan disebalik itu, maka itu sesungguhnya adalah lebih baik.

    ReplyDelete